Kek lobak merah (carrot cake)  juga boleh dikukus dengan memastikan loyang tersebut ditutup dengan aluminum foil. Langkah ini diambil untuk mengelakkan wap menitik jatuh. Loyang yang digunakan untuk resepi ini adalah bersaiz 8".

Jika anda tidak mempunyai cawan seperti pemilik resepi, anda boleh gunakan cawan teh. Namun, isi lebih kurang 4/5 cawan tersebut. Jangan isi sehingga penuh. 

Kek Lobak Merah (Carrot Cake

carrot cake 10 447

Bahan-bahan:

  • Gula aising (icing sugar)  (2 cawan)
  • Telur (4 biji) - gred B
  • Minyak sayur (vegetable oil)  (1 setengah cawan)
  • Tepung naik sendiri (self-rising flour)  (2 cawan)
  • Soda penaik (baking soda)  (1/2 sudu teh)
  • Serbuk penaik (baking powder)  (1 sudu teh)
  • Lobak merah (1 batang) - diparut halus
  • Serbuk kayu manis (secubit) - pilihan

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam mangkuk adunan (mixing bowl), masukkan minyak, telur dan gula aising. Putar kelajuan tinggi selama 10 minit atau likat dan putih.
  2. Masukkan tepung, soda, serbuk penaik dan serbuk kayu manis (jangan banyak untuk tidak merosakkan rasa lobak merah). Kemudian, masukkan lobak merah parut. Kaup balikkan sehingga sebati.
  3. Bakar selama sejam dengan suhu 170'c atau sehingga masak (dicucuk lidi).

Topping

Bahan-bahan:

  • Keju krim (cream cheese) (250 gm)
  • Gula aising (icing sugar)  (100 gm)
  • Krim putar (whip cream) (100 ml)

Cara-cara membuat:

  1. Putar keju krim dengan gula aising sehingga putih. Masukkan krim putar dan pukul lagi sehingga likat dan kental.
  2. Kemudian, potong kek kepada 2 lapisan. Sapukan krim di antara kek dan ratakan krim di atas kek tadi. Hias menggunakan piping bag.

carrot cake default 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Azizi Rais [12]



Hakcipta iluminasi.com (2017)