Oleh pada 17 Apr 2019 kategori

Kek cawan atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai cupcake atau fairy cake, merupakan kek kecil yang dibuat untuk seorang dan lazimnya diletakkan dalam cawan kertas.

Seperti kek besar yang lainya, aising dan lain-lain hiasan, seperti taburan diletakkan bersama kek.

Kek ini sering dihidangkan ketika berlangsungnya suatu sambutan, seperti majlis hari jadi.

Kek cawan merupakan pilihan senang untuk kek disebabkan ia tidak memerlukan pinggan, perkakasan, atau membahagikanya kepada beberapa bahagian kerana saiznya yang agak kecil.

Kek cawan yang pertama, dicipta pada awal tahun 1800-an.

Kek cawan lazim sering dibuat menggunakan bahan yang serupa seperti kek lazim yang mana menggunakan bahan seperti mentega, gula, telur dan tepung.

 

Kek Cawan Hokkaido  

  

 

Langkah 1: 

1. Pecahkan putih telur (4 biji). Letak kuning telur dalam bekas lain.

2. Gula halus (4 sudu besar) .

Mixer sehingga bertanduk ya, meringue

 

Letak meringue tepi dahulu. 

 

Nota: Meringue tersebut jangan ada bercampur sedikit air atau kuning telur atau apa-apa sahaja. Jika tidak, meringue tidak menjadi.

 

Langkah 2: 

1. Kuning telur (4 biji) yang telah ada dalam bekas tadi.

2. Gula (3 sudu besar).

➡ Kacau sahaja menggunakan whisk.

3. Masukkan susu cair (setengah cawan). Pemilik resepi menggunakan jenama Dutch Lady.

4. Minyak masak (5 sudu besar).

➡ Sambung kacau menggunakan whisk sehingga sebati.

 

Langkah 3 (ayak dahulu): 

1. Gandum (1/2 cawan)

2. Tepung jagung/kastard (2 sudu besar)

3. Serbuk penaik (setengah sudu kecil)

 

Masukkan langkah 3 ini ke dalam langkah 2. Kacau menggunakan whisk. Selepas itu, campurkan dengan langkah 1 tadi. Kacau sehingga sebati. 

 

Untuk membakar, gunakan api atas bawah dan suhu 160 dalam masa 20 minit.

Tips: Jika sudah masak, tidak lekat pada lidi apabila dicucuk. Jangan lupa panaskan ketuhar dahulu dalam 10 minit dengan suhu 170.  

  

Filling:  

1. Marjerin (1 sudu)

2. Susu cair (200ml)

➡ Panaskan dahulu untuk cairkan marjerin.

 

Masukkan :

3. Tepung gandum (1 sudu besar)

4. Kastard (1 sudu besar)

5. Telur (1 biji)

6. Gula (4 sudu besar)

 

Masak sahaja semua dan sentiasa kacau menggunakan api kecil .

 

Nota: Jangan masak lama-lama, nanti keras. Sekadar pekat-pekat. 

 

Untuk kek tersebut, ambil chopstick untuk membuat lubang di tengah. Kemudian, baru pipe filling kastard tadi. 

  

kek cawan hokkaido 1

 

Tips:

✔ Guna telur gred A untuk mendapatkan banyak biji.

✔ Tabur gula aising sebagai hiasan.

 

Sumber:

1. Sarihah Ismail [12]

2. Wikipedia Kek Cawan




Hakcipta iluminasi.com (2017)