resepi kek batik marie

Bahan A

  • 2 pek biskut Marie (300g)
  • 250g Buttercup
  • 1 tin susu pekat
  • 1 cawan air masak
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 14 sudu besar milo
  • Telur 2 biji

Bahan B (Topping / choc ganache)

  • 1 cawan whipping cream Anchor UHT
  • 100 gram choc compound
  • 100 gram dark choc
  • 1 sudu besar mentega

Cara penyediaan:

1. Cairkan terlebih dahulu buttercup. Guna kuali supaya senang nak kaup balik. Apabila mentega telah separa cair, tutup api. Masukkan milo, serbuk koko dan telur. Kemudian kacau sehingga sebati, terutamanya telur. Setelah sebati, pasang api semula. Kemudian, masukkan susu sedikit secara berselang-seli dengan air. Apabila adunan telah likat dan keluar buih-buih, maknanya adunan sudah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie dan kaup balik sehingga sekata.

2. Tuang biskut marie dalam loyang 10 inci. Lapik loyang dengan plastik atau guna loyang yang terbuka bawahnya. Boleh lapikkan menggunakan plastik bekas biskut marie tersebut. Lebihkan kiri kanan supaya mudah untuk tarik keluar. Tekan-tekan adunan biskut marie sehingga rata. Sejukkan.

3. Sementara adunan itu sejuk, buat choc ganache menggunakan kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Kemudian, tuang 1 cawan whipping cream dalam bekas lain. Letakkan atas air yang dipanaskan (kaedah double boiled). Kacau-kacau sampai rasa suam masukkan choc. Kacau sehingga cair dan sekata semua choc. Kemudian masukkan mentega dan kacau lagi. Tutup api dan angkat. Sejukkan selama 30 minit.

4. Kemudian tuang atas kek batik tadi. Simpan peti sekurang-kurangnya 6 jam untuk dapatkan hasil choc yang cantik di atas dan mudah dipotong.

Selamat mencuba semua. Resepi ini diolah sendiri oleh tuan punya resepi. Doakan semoga rezeki beliau terus dimurahkan.

Sumber: Suliza Sadzali


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)