Kek batik keju (cheese) merupakan sebuah lagi jenis kek batik yang masih tidak perlu dibakar. Ia tetap lembut walaupun tidak menggunakan telur sebagai bahan. 

Kek batik cheese juga boleh dibuat dengan cara keju diletakkan secara selang-seli. Untuk rasa seimbang, letak serbuk koko atas hiasan keju krim (cream cheese).

Kek Batik Cheese

kek batik cheese

Bahan kek batik:

  • Mentega (250g)
  • Susu pekat (1/2 tin) - jika tidak suka terlalu manis, letak suku mengikut tahap kemanisan anda
  • Milo (1 paket) - 200gm (paket paling kecil)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Biskut Marie (1 paket) - dipatah-patahkan

Bahan cream cheese:

  • Cream cheese jenama Tatura (250g)
  • Susu jenama Dutch Lady (sedikit)
  • Susu pekat (3 sudu besar) - mengikut tahap kemanisan anda
  • Perahan lemon (sedikit) - tiada dalam video

Bahan lain :

  • Loyang 8x8 dan baking paper
  • Serbuk koko - untuk atas cream cheese

Cara memasak:

Boleh lihat video pendek yang disediakan oleh pemilik resepi di sini.

Tips:

  • Perlu pandai sesuaikan kemanisan mengikut rasa anda. Jika kek batik sudah manis, kurangkan sedikit manis cream cheese.
  • Untuk senang potong dan keju tidak cair, kek batik cheese perlu diletakkan dalam peti ais bahagian bawah selama 3-4 jam.

kek batik cheese 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Ain Aziz [12]

2. Instagram @cookby_ain

Sumber informasi:

1. Faseha Zailan [1, 2]

2. Eika Atieka [1, 2]

3. Siti Aliffah Sallehudin [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)