Oleh pada 22 Oct 2020 kategori

Untuk perasa vanila, pemilik resepi menggunakan jenis cecair. Jenis serbuk juga boleh digunakan.

Untuk serbuk koko pula, pemilik resepi letakkan sebanyak lebih kurang 2-3 sudu besar. Jika mahu pahit, letakkan lebih. Pemilik resepi letakkan sedikit dahulu dan rasa.

Kek Aiskrim

  

Bahan-bahan:

  • Susu cair (2 tin)
  • Susu pekat - mengikut tahap kemanisan citarasa masing-masing (pemilik resepi kurangkan kerana tidak suka manis)
  • Ovalette (1 1/2 sudu besar)
  • Perasa vanila
  • Serbuk koko

Cara-cara penyediaan: 

  1. Putar semua bahan sehingga kembang dan gebu. Susu pekat boleh dimasukkan sedikit demi sedikit dan rasa tahap kemanisan mengikut citarasa masing-masing. Kemudian, bahagi dua bahagian. 
  2. Satu bahagian letakkan vanila dan satu bahagian letakkan serbuk koko.
  3. Tuang dalam loyang selang seli dan sejukkan dalam peti sehingga keras. Sebelum tuang adunan, lapikkan plastik di sebelah dalam loyang. Pemilik resepi menggunakan loyang yang boleh keluarkan lapik dalam.
  4. Setelah lapik plastik baru, tuangkan adunan aiskrim tersebut. Plastik perlu lebih dari loyang supaya aiskrim tidak lekat di loyang nanti. Apabila sudah keras, tolak sahaja lapik bawah loyang tersebut dan keluarkan aiskrim tadi.
  5. Tuangkan coklat cair dan taburkan apa-apa yang anda gemari. Pemilik resepi taburkan badam cincang.

kek aiskrim 3

kek aiskrim 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Nor Hidayah Mohamed Said [12




Hakcipta iluminasi.com (2017)