Kuih kasturi adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang cukup dikenali ramai. Ia juga mempunyai nama lain iaitu kuih rengas, kuih gendang kasturi dan kuih kacang hijau.

Cara penyediaan kuih ini mudah dimana ia mempunyai ramuan kacang hijau dan parutan kelapa muda.

Selepas itu, ia dicelup dengan batter lalu digoreng sehingga berwarna kuning keemasan.

Keunikan rasa kuih ini hasil gabungan kacang hijau dan kelapa parut membuatkan ia masih digemari sehingga ke hari ini.

Kebiasaannya dihidangkan pada waktu petang, ia sememangnya lazat jika dinikmati ketika masih panas.

Selain itu, ia juga selalu dijadikan sebagai menu ketika majlis keramaian.

 

Kuih Kasturi

  

kuih kasturi

 

Inti kuih kasturi

 

Bahan-bahan:

  • Kacang hijau (500g)
  • Gula (2 cawan)
  • Kelapa parut (1 cawan)
  • Tepung gandum (1/2 cawan)
  • Garam (secubit)
  • Air - untuk merebus kacang hijau

 

Cara penyediaan:

1. Rebus kacang hijau sehingga hancur.

2. Apabila telah hampir kering, masukkan kelapa parut, tepung gandum, gula dan garam.

3. Kacau sehingga betul-betul kering. Angkat dan sejukkan.

4. Buat bulat-bulat dan tekan.

 

Adunan tepung 

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (3 cawan)
  • Tepung beras (1/2 cawan)
  • Marjerin (1/3 sudu makan)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Gula (secubit)
  • Air (secukupnya)
  • Pewarna kuning (sedikit)
  • Minyak masak (secukupnya) - untuk menggoreng

 

Cara-cara menyediakannya:

1. Dalam bekas, campurkan tepung gandum dan tepung beras, marjerin, garam dan gula.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.

3. Panaskan minyak dalam kuali, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

  

kuih kasturi 1

Ini untuk disejukbekukan (frozen)

 

Sumber:

1. Habibah Binti Ujang [1, 2]

2. Wikipedia Kuih Kasturi

3. Citarasawan (citarasawan.blogspot.com) [12]

4. Facebook Kak Rose Frozen Food [12]


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)