Oleh pada 01 Jun 2021 kategori

Cara membuat kacang botak adalah berbeza mengikut individu. Tidak seperti resepi lain yang lebih ringkas, resepi ini agak renyah.

Apa yang menjadikannya renyah ialah apabila hendak menguli supaya kacang tersalut sebiji demi sebiji. Tetapi, ia tidaklah sesusah mana.

Tidak melekat-lekat dan tidak rasa telur sangat. Salutan juga menjadi licin atau botak.

Kacang Botak

Bahan-bahan:

  • Kacang tanah (1kg)
  • Tepung gandum (1/2kg)
  • Cili kering (20 tangkai) - direbus dahulu (mengikut tahap kepedasan masing-masing, pemilik resepi gemar pedas)
  • Bawang besar (sebiji) - sebesar penumbuk, gunakan 2 biji jika sederhana besar
  • Bawang putih (3-4 ulas) - mengikut citarasa, jika mahu lebihkan juga boleh
  • Gula pasir (10 sudu besar)
  • Garam (3 sudu besar)
  • Telur ayam (2 biji) - sederhana besar

Cara-cara penyediaan bergambar: 

kacang botak default 1

  1. Kisar cili, bawang merah, bawang putih, gula, garam dan telur.
  2. Tabur kacang 1/2kg dahulu ke dalam dulang. Jika anda mempunyai talam bulat besar lebih bagus kerana boleh tabur 1kg sekaligus. Buang segala benda asing atau kacang yang sudah buruk atau rosak. Tinggalkan kacang yang elok sahaja. Kacang tidak perlu basuh dan jemur.
  3. Tuang separuh daripada bahan yang dikisar tadi ke atas 1/2kg kacang. Simpan separuh lagi untuk 1/2kg kacang lagi.
  4. Gaul bahan-bahan kisar tadi, biar sebati dengan kacang. Jika mahu lebih salutan perlu tambah lagi bahan kisar dari awal. Lebih banyak salutan, lebih sedap.
  5. Ayak tepung ke atas kacang yang bersalut bahan kisar. Agak-agak sahaja kuantiti tepung tersebut untuk anda gaulkan nanti.
  6. Uli atau gentel tepung bersama kacang sehingga menjadi seperti dalam gambar. Biar sebiji-sebiji, barulah jadi licin dan botak.
  7. Rupa bentuk setelah selesai diuli. Kacang sebati dengan salutan tepung sebutir demi sebutir.
  8. Panaskan minyak yang banyak. Api biar sederhana dan minyak biar betul-betul panas. Sentiasa kacau untuk elakkan kacang hangus dan hangit. Untuk mengetahui samada sudah masak atau belum, tunggu sehingga aroma kacang botak berbau di seluruh dapur dan bunyi meletup-letup kacang. Sudah boleh toskan.
  9. Hasil setelah digoreng. Sebiji-sebiji, sebutir-sebutir.
  10. Taburkan kacang ke atas dulang yang dilapik dengan tisu serap minyak. Biar sejuk dan boleh masukkan ke dalam balang.

Nota:

  • Untuk perasa gula dan garam tersebut, boleh sesuaikan mengikut citarasa masing-masing.
  • Untuk 1kg kacang tanah, ia dapat menghasilkan sebanyak dua balang kecil seperti dalam gambar.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Zurull Iffah Zaini [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)