Oleh pada 29 May 2019 kategori

Biskut kacang peas merupakan sebuah kuih tradisional yang boleh dijamu ketika hari raya.

Untuk membuatnya juga amat senang kerana ia menggunakan bahan-bahan yang sedikit.

Ia sesuai dicuba bagi mereka yang baru mahu mencuba membuat kuih sendiri.

 

Biskut Kacang Peas 

 

Bahan-bahan:  

  • Serbuk tepung kacang peas (500 gm)*
  • Tepung gandum (1 kg)*
  • Susu tepung (1 cawan)*
  • Marjerin (1 cawan)*
  • Esen (2 sudu kecil)*
  • Garam (1 sudu kecil)*
  • Gula halus (12 sudu besar)*
  • Minyak mazola/jagung (secukupnya)

 

Cara-caranya :  

1. Gaulkan sebati bahan berhuruf condong* sehingga jadi seperti serbuk roti berderai. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga boleh membentuk doh

2. Gentel dan jadikan bentuk bebola kecil atau cetak mengikut acuan. Sapukan kuning telur di atasnya

3. Sekiranya mahu, boleh letakkan sebarang kekacang atau gula manik di atasnya

4. Bakar pada suhu 170• C selama 20 minit atau mengikut kesesuaian suhu ketuhar masing-masing.

 

Nota: Minyak jagung akan menghasilkan tekstur biskut yang lebih ringan berbanding menggunakan minyak masak biasa. 

 

Resepi Bonus: Biskut Cappuchino Chips  

biskut cappuchino chips

 

Bahan-bahan:  

 

Bahan A: 

  • Mentega (200 gm)
  • Shortening (20 gm)
  • Gula aising (70 gm)
  • Mentega kacang (3 sudu besar)
  • Esen kopi (1 sudu kecil)

 

Bahan B: 

  • Tepung gandum (250 gm)
  • Tepung jagung (40 gm )
  • Serbuk penaik (1 sudu teh)

 

Bahan C: 

  • Nestum (50 gm) - dikisar

 

Bahan hiasan:  

  • Kuning telur
  • Cip Coklat

 

Cara membuatnya :  

1. Putar bahan A sehingga sebati dengan menggunakan senduk kayu .

2. Ayak bahan B dan satukan dengan bahan C. Satukan semua bahan A dan C ke dalam bancuhan A. Adun sebati hingga menjadi doh tidak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 15 minit. Canai dan terapkan menggunakan penerap biskut bunga.

3. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris. Sapu kuning telur di atas permukaan biskut dan hiaskan dengan menggunakan coklat chip.

4. Bakar pada suhu 150° C selama 20 minit .

 

Sumber:

1. Aezlan Lan [12

2. Zahara Zya [12]

3. Resepi malaya turun-temurun (resepiyangindah.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)