Oleh pada 30 Dec 2018 kategori

Dim sum adalah sejenis masakan Cina iaitu hidangan ringan lingkungan luas yang disaji bersama teh Cina. Yum cha (secara harfiah bermaksud "meminum teh") adalah istilah yang dipakai bagi menjelaskan pengalaman makanan keseluruhan, khususnya dalam Kantonis sezaman.

Ia turut disajikan pada waktu pagi sehingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas dimana ia merupakan hidangan biasa yang disediakan sepanjang hari.

Menu ini dihidangkan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut dan buah-buahan.

Dim sum lazimnya disaji dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina gemar berkumpul untuk menikmati hidangan dim sum pada perayaan khas seperti hari ibu atau Tahun Baru Cina.

Malah, ibu bapa masyarakat Cina suka membawa anak mereka pada hari Ahad untuk berjumpa dan beramah-mesra dengan datuk dan nenek mereka. Terdapat segelintir yang membawa surat khabar bagi berbincang tentang berita bersama keluarga mereka.

Sesetengah kedai makan Cina juga menyediakan potongan harga pada menu ini yang dibeli sebelum 11.00 pagi dan potongan waktu teh selepas 2.00 petang bagi menggalakkan pelanggan mengelak dari datang pada waktu puncak makan tengah hari.

Dim Sum Homemade Halal

Kredit foto: Farrah Lazz Susu Kambing‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Kulit dim sum

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (½ cawan)
  • Tepung jagung (1 ½ cawan)
  • Minyak masak (1 sudu)
  • Air panas mendidih (¾ cawan)
  • Pewarna hijau dan kuning

Cara penyediaan:

1. Campur semua bahan. Kacau menggunakan senduk dahulu.

2. Apabila suam, uli sahaja sehingga menjadi doh.

3. Bahagikan kepada dua bahagian, 1 warna hijau dan 1 warna kuning. (Jika tidak mahu warnakan pun tidak mengapa)

Resepi inti

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (4 ketul) - dikisar
  • Lobak merah (sebatang) - disagat halus
  • Bawang besar / holland (sebiji) - didadu halus
  • Kubis cincang (1 cawan) - pemilik resepi guna batang sawi cameron kerana rasanya manis
  • Serbuk lada hitam (½ sudu)
  • Sos ikan/ kicap sotong (4-5 sudu) - jika tiada, gantikan garam sahaja dalam 1 sudu
  • Tepung jagung (½ cawan)

Cara penyediaan:

Campur semua bahan inti dan kacau rata.

Bahan hiasan: Sagu yang dicampur pewarna kuning dan merah. Rendam seketika supaya warnanya sebati.

Nota: Untuk mengikuti langkah dalam bentuk video, boleh rujuk di sini.

➡ Selepas siap, bentukkan dim sum.

➡ Semasa mahu letak di pinggan tersebut, sapu minyak sedikit di pinggan. Jika tidak, ia lekat.

➡ Apabila sudah siap, sapu tudung periuk dengan sedikit minyak, susun dan kukus selama lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana. Siap.

➡ Boleh cicah dengan sos cili kegemaran anda.

Resepi Bonus: Sos Dim Sum Ala Hotel 5 Bintang

sos dim sum ala hotel 5 bintang

Bahan-bahan A

  • Sos cili (secawan)
  • Sos cili Thai (secawan)
  • Sos tomato (1/2 cawan)
  • Sos tiram (1/2 cawan)

Bahan lain:

  • Daun ketumbar
  • Binjan (2 paket berharga RM1) - Karimas rempah ratus

Caranya:

1. Sangai bijan seperti dalam video. Setelah kekuningan, letak minyak masak sebanyak 1 sudu. Tidak mahu letak minyak pun boleh.

2. Potong daun ketumbar halus dan hancur. Kuantiti mengikut kesukaan.

3. Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk. Masak pada api yang sederhana. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Tutup api apabila sudah mendidih.

4. Masukkan bijan dan daun ketumbar. Kacau dan biar sejuk. Siap.

Tips: Sos ini juga enak jika dicicah dengan cekodok, meatball atau apa-apa menu yang bersesuaian.

Sumber:

1. Shalinda Deen [1, 2]

2. Hayati Ahmad [1, 2]

3. Wikipedia Dim Sum




Hakcipta iluminasi.com (2017)