Oleh pada 02 Jan 2020 kategori

Resepi daging burger ayam ini merupakan versi yang paling mudah kerana ia menggunakan bahan yang senang untuk didapati. Dari segi rasa pula, ia dikatakan hampir sama dengan daging burger ayam kegemaran ramai yang dijual di sebuah restoran makanan segera terkenal.

Untuk tepung gandum, sukatan yang digunakan adalah secara agak-agak sahaja. Masukkan sedikit demi sedikit dahulu sehingga adunan boleh dibulatkan.

Daging Burger Ayam Homemade Versi Mudah

daging burger ayam homemade 1

Bahan-bahan:

  • Bahagian dada ayam (4 atau 5 ketul) - dipotong kecil
  • Serbuk lada putih (1 sudu besar)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Serbuk perasa (1 sudu kecil) - pemilik resepi guna serbuk jenama Hilal, Maggi Cukup Rasa juga sedap
  • Telur (1 biji)
  • Minyak masak (1 sudu kecil)
  • Tepung gandum (secukupnya)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan sehingga halus.
  2. Masukkan dalam bekas, campurkan tepung gandum dan gaul sehingga adunan boleh dibulat-bulatkan.
  3. Bulatkan, leperkan sedikit dan lapik dengan plastik.
  4. Simpan dalam bekas bertutup dan letak di tempat sejuk beku.
  5. Apabila mahu dimakan, panaskan sedikit sahaja minyak dan masukkan daging burger tadi. Masak sehingga garing kedua-dua belah permukaan.
  6. Letakkan pada roti dan lapiskan mengikut bahan sampingan yang disukai seperti keju (cheese) dan lain-lain. Siap untuk dinikmati. 

daging burger ayam homemade 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Assalammualaikum Hai Saya Reen [1, 2]

Sumber informasi: Juevence Lee Sis [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)