Oleh pada 11 Feb 2019 kategori

Tortilla (disebut Tor-ti-ya) merupakan nama yang diberikan oleh penakluk Sepanyol untuk lempeng jagung yang ditemui di Mexico. Tortilla adalah bahan utama untuk membuat snek cip tortilla dan juga nachos.

Di Sepanyol, tortilla merujuk kepada telur dadar atau beberapa telur yang dipukul dan digaul dengan ramuan lain. Menu seperti tortilla sepanyol, tortilla española atau tortilla de patatas semuanya merujuk kepada makanan yang serupa di Sepanyol.

Ia merupakan telur dadar dengan kentang goreng dan bawang yang dicincang, sering dihidangkan sebagai makanan ruji di bar dan kafe di Sepanyol.

 

Roti Tortilla

Kredit foto: Zura BlackSweet‎ (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Serbuk penaik (3/4 sudu teh)
  • Garam (1/2 sudu teh)
  • Minyak zaitun /minyak masak (3 sudu besar)
  • Air panas mendidih (3/4 cawan)

 

Bahan hiasan:

  • Isi ayam panggang/isi ayam goreng dengan tepung Bestari
  • Romain atau lettuce salad
  • Tomato atau tomato ceri
  • Bawang besar (dihiris nipis)
  • Timun batang (dihiris memanjang)
  • Sos cili, thousand island, mayonis black pepper sos/apa-apa yang disukai/buat ceasar salad siap-siap

 

Cara-cara:

1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas. Masukkan pula serbuk penaik dan garam. Kacau rata adunan. Tambahkan minyak masak ke dalam adunan dan kacau sehingga tepung menjadi bergentil-gentil.

2. Tuang air panas ke dalam adunan dan kacau dengan garfu dahulu. Apabila sudah agak suam, bolehlah uli dengan tangan dan jadikan doh yang lembut dan licin permukaannya. Tidak perlu elastik.

3. Biarkan doh dalam bekas yang ditutup dengan kain lembap selama 15-30 minit.

4. Jadikan bebola sebanyak 10-12 biji dan rollkan sehingga betul-betul nipis. Tabur sedikit gandum dan bakar selama 1 minit setiap permukaannya. Siap.

Nota: Tidak perlu gunakan minyak.

roti tortilla 1

 

Tips:

1. Untuk dapatkan bulat yang sekata, selepas roll, boleh guna piring kuih tekapkan atas doh untuk mendapatkan bentuk bulat yang cantik.

2. Boleh buat sejuk beku (frozen). Hanya panaskan dan letakkan apa-apa inti (filling) kegemaran apabila mahu dimakan.

3. Untuk inti, ayam panggang (grill) dengan salad atau pemilik resepi hanya gunakan lebihan (leftover) isi ayam yang digoreng tepung Bestari semalam. Letak salad, sos-sos dan mayonis yang disukai. Untuk lebih sedap, boleh juga buat ceasar salad.

 

Sumber:

1. Mohd Faisel Ab Halim [1, 2]

2. Wikipedia Tortilla




Hakcipta iluminasi.com (2017)