Bakkwa atau juga dipanggil sebagai rougan atau roupu, merupakan sejenis produk daging kering asin Cina yang sama dengan jerky.

Bakkwa dibuat dengan teknik pengawetan dan penyediaan daging yang berasal dari China. Kaedah pembuatannya umum kekal hampir tidak bertukar, namun teknik telah bertambah baik secara beransur-ansur.

Ia secara tradisional diperbuat daripada daging khinzir, daging lembu atau kambing yang disediakan dengan rempah, gula, garam dan kicap. Kemudian, ia dikeringkan pada rak sekitar 50 hingga 60 °C (122 hingga 140 °F) sehingga aktiviti air terakhir antara 0.60 dan 0.69.

Bakkwa amat terkenal di Singapura dan Malaysia dimana ia secara tradisinya dimakan ketika Tahun Baru Cina. Apabila pendatang Cina membawa hidangan istimewa ini ke Singapura dan Malaysia, ia mula mengambil ciri-ciri tempatan.

Sebuah contoh yang jelas terletak pada penyediaan bakkwa, dimana dagingnya disalai di atas arang dan bukannya dikeringkan dalam udara, menyampaikan rasa asap ke dalam daging.

Bakkwa versi Singapura dan Malaysia turut lebih manis daripada versi tanah besar China dengan pelbagai variasi yang dikembangkan bagi disesuaikan dengan selera tempatan, seperti cabkwa cili.

 

Bakkwa Ayam Homemade

  

bakkwa ayam homemade halal

 

Bahan A:

  • Isi ayam (520g)

Tips: Jika mahu sedap, ambil isi bahagian peha yang ada lemak-lemak sedikit jadi tidak terlalu kering

 

Bahan B:

  • Gula (100g)
  • Kicap cair (1 sudu besar)
  • Cuka epal (1/2 sudu besar)
  • Sos ikan (1/2 sudu besar)
  • Sos tiram (1 sudu besar)
  • Minyak bijian (1 sudu besar)
  • Kicap hitam pekat (1 sudu kecil)
  • 5 spices powder (1/2 sudu kecil)
  • Serbuk lada putih (sedikit)
  • Garam (1/2 sudu kecil)
  • Madu (2 sudu besar)

 

Cara-cara membuat :

1. Kisar atau cincang bahan A.

2. Gaulkan semua bahan B dan masukkan bahan A.

3. Gaul sekata dan perab sekurang-kurangnya 4 jam atau lebih baik semalaman.

4. Ratakan atas bekas. Jangan terlalu tebal, nipis-nipis sahaja. Kemudian, bakar 150°c selama 20 minit dan keluarkan poyong mengikut saiz kegemaran.

5. Masukkan ke ketuhar dan bakar dengan suhu 170 °c 10 minit dan terbalikkan. Bakar lagi 10 minit dengan suhu yang sama.

Nota: Suhu mengikut ketuhar masing-masing. Ini untuk rujukan sahaja.

  

bakkwa ayam homemade halal 1

 

Sumber:

1. Qistina Chang [1, 2]

2. Wikipedia Bakkwa


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)