Untuk menjadikan corndog gebu, anda perlu menggunakan roti. Jika tepung pula, doh perlu dibuat seperti donat.
Untuk bancuhan tepung, campurkan tepung gandum, tepung jagung dan telur. Adunan perlulah pekat seperti membuat penkek.
Corndog Cheese
Bahan-bahan:
- Roti
- Campuran tepung goreng rangup serbaguna Bestari
- Serbuk roti (breadcrumbs)
- Sosej
- Keju cheddar (cheddar cheese)
- Keju Mozarella (mozarella cheese)
Cara-cara penyediaan bergambar:
1. Potong sosej kepada dua bahagian.
2. Dadukan cheese.
3. Susun cheese secara berselang-seli dengan sosej.
4. Balut dengan roti dan cheese keping. Untuk jimat, cheese keping boleh dibahagi dua.
5. Hasilnya setelah siap dibalut.
6. Bancuh tepung Bestari versi pedas dalam gelas yang tinggi seperti ini supaya mudah dicelup.
7. Golekkan ke atas serbuk roti.
8. Inilah rupanya setelah siap digolek.
9. Gunakan periuk yang dalam seperti ini supaya masak sekata.
10. Hampir masak.
11. Siap setelah digoreng sebentar sahaja.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Sumber informasi: Noratiqah Saharudin, Rohanisah Mohammed, Hidayah Sobri & Ummi Nur 'Umar Khaalish [1, 2, 3, 4, 5]