Oleh pada 09 Dec 2018 kategori

Spaghetti merupakan pasta yang panjang, nipis, silinder dan pejal. Seperti pasta lain, spaghetti diperbuat daripada gilingan gandum dan air. Spaghetti Itali diperbuat daripada semolina gandum durum, namun di tempat lain ia boleh dibuat dengan tepung jenis lain.

Pada asalnya, spaghetti adalah amat panjang, namun jenis lebih pendek semakin terkenal pada separuh akhir abad ke-20. Sekarang, spaghetti paling lazim didapati dalam 25–30 cm (10–12 in) panjang. Pelbagai menu hidangan pasta berdasarkannya.

Spaghetti merupakan bentuk kata jamak dari perkataan bahasa Itali 'spaghetto', yang kata pengecilnya 'spago', yang bermakna "tali nipis" atau "membelit".

Spaghetti diperbuat daripada kisaran bijian (tepung) dan air. Sekarang, spaghetti gandum penuh dan multibijirin spaghetti juga ada dijual.

Spaghetti yang merupakan lambang masakan Itali, selalu disajikan dengan sos tomato, yang mungkin mengandungi pelbagai herba, (terutamanya oregano dan selasih), minyak zaitun, daging atau sayuran. Persediaan spaghetti lain termasuk Bolognese atau carbonara. Parut keju, seperti Pecorino Romano, Parmesan dan Grana Padano, biasanya ditaburkan di atas.

Untuk masakan antarabangsa, spaghetti dijual dalam tin dengan sos di sesetengah negara. Di Amerika Syarikat pula, ia kadangkala dihidangkan dengan cili con carne.

Hidangan spaghetti

1. Spaghetti aglio e olio

➡ "Spaghetti dengan bawang putih dan minyak" dalam Itali.

➡ Sebuah hidangan tradisional pasta Itali yang datang dari Napoli.

➡ Variasi hidangan asal, Spaghetti alle vongole.

2. Spaghetti alla puttanesca

➡ "Spaghetti gaya pelacur" secara harfiahnya dalam bahasa Itali.

➡ Masam, hidangan pasta Itali yang agak masin dicipta pada pertengahan abad ke-20.

➡ Bahan-bahannya ialah yang lazim masakan Selatan Itali: tomato, minyak zaitun, buah zaitun, kaper dan bawang putih.

3. Spaghetti alle vongole

➡ Bahasa Itali untuk "spaghetti dengan kima".

➡ Amat terkenal di seluruh Itali, terutamanya kawasan tengah, termasuk Rom dan jauh ke selatan di Campania (dimana ia adalah sebahagian tradisional masakan Neapolitan).

4. Spaghetti dengan bebola daging

➡ Sebuah hidangan Itali Amerika yang lazimnya terdiri daripada spaghetti, sos tomato dan bebola daging.

Spaghetti Ayam

Kredit foto: Mastura Yaakop‎ & Zuhana Mohiar‎ (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • 1 pek spaghetti atau fettucine
  • 50g salted butter
  • 1/2 periuk air  
  • 1/2 sudu teh serbuk bawang putih atau 7-8 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang holland (bawang besar yang berwarna kuning)
  • 1 tin sup tomato
  • 1 tin kecil tomato puree (guna 6 sudu besar atau separuh tin sahaja)
  • 1 sudu teh daun parsley
  • 3 atau 4 daun bay
  • 1/2 sudu teh basil
  • 1/2 sudu teh paprika
  • 5 sudu teh blackpepper kasar
  • 9 biji atau 1 pek vege mushrooms fishball
  • 5 biji tomato (dipotong dadu)
  • 6 atau 7 ketul ayam isi (dihiris)
  • 1 tin mushrooms button (dihiris)
  • 1 senduk kecil minyak zaitun (olive oil)

Cara penyediaan:

➡ Rebus spaghetti atau fettuccine.

➡ Didih air dalam periuk.

➡ Masukkan dan cairkan salted butter.

➡ Masukkan spaghetti.

➡ Rendam dalam air sepenuhnya.

➡ Siap dalam 15-18 minit.

➡ Toskan.

➡ Tepikan.

Kuah

1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis kekuningan, minyak kering.

2. Masukkan parsley, daun bay dan basil dalam tumisan. Gaul. Masukkan blackpepper kasar. Gaul.

3. Masukkan ayam hiris. Gaul sebati. Masukkan paprika. Gaul sebati.

4. Masukkan sup tomato. Gaul sebati. Masukkan setengah tin puree tomato. Gaul sebati. Masukkan vege mushrooms fishball dan tomato cincang. Gaul sebati.

5. Ambil beberapa senduk air lebihan rebus spaghetti tadi dan tuang ke dalam kuah. Gaul sebati.

6. Akhir sekali, masukkan mushrooms button. Gaul sebati sehingga agak kering. Tutup api dapur gas.

7. Tunggu 3 atau 5 minit. Kemudian, baru letak ajinomoto dan garam secukup rasa. Siap.

Sumber:

1. Mastura Yaakop [1, 2]

2. Wikipedia Spaghetti




Hakcipta iluminasi.com (2017)