Oleh pada 07 May 2019 kategori

Capati atau juga dieja sebagai chapati, chappati atau chapathi merupakan roti rata yang tidak beragi (juga dikenali sebagai roti) dari Nepal, India dan Pakistan.

Ia merupakan topik makanan di Asia Selatan dan juga di kalangan ekspatriat Asia Selatan dan di seluruh dunia.

Ia merupakan versi sajian yang juga boleh diperolehi di Asia Tengah dan Tanduk Afrika di negara-negara seperti Kenya, Tanzania dan Uganda, dengan roti rata laobing disajikan sebagai variasi tempatan di China.

Dalam bahasa India, perkataan chapati bererti leper bulat.

Keping capati merupakan antara bentuk yang paling lazim dimana gandum, yang ruji di utara Asia Selatan, dinikmati.

Chapati merupakan sebuah bentuk roti atau rotta.

Perkataan-perkataan itu selalu dipakai silih berganti.

Biarpun roti atau rotta merujuk kepada mana-mana roti yang tidak beragi rata, chapati merupakan roti yang dihasilkan daripada tepung gandum dan dimasak pada tava (kuali rata).

Nama alternatifnya pula ialah roti atau puri.

 

Capati Homemade

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Garam (2 sudu kecil)
  • Air panas (2 cawan)
  • Minyak (sedikit)
  • Tepung gandum (sedikit) - untuk ditabur pada tempat menggelek

 

Cara-cara:

 

Doh

 

1. Masukkan tepung ke dalam bekas bersama garam dan gaul rata.

2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit supaya nanti tepung tidak terlalu lembik kerana terlebih air.

3. Gaul dengan sudip atau apa-apa sahaja. Jika tangan tahan panas, boleh juga menggunakan tangan.

4. Selepas telah agak sebati, masukkan sedikit minyak supaya tidak melekat.

5. Selepas itu, tinggalkan doh seketika selama 15 minit.

6. Uli lagi dengan tangan. Jika mahu roti cantik dan lembut, ulang proses ini 2 atau 3 kali.

7. Setelah siap, bulatkan doh agak-agak sebesar telur gred A.

 

Menggelek

 

1. Untuk menggelek, taburkan tepung pada tempat yang mahu digelek.

2. Kemudian, letakkan doh dan tekan sedikit doh. Taburkan lagi tepung di atas doh. Ini supaya doh tidak melekat pada tempat yang digelek dan pada penggelek.

3. Gelek doh tanpa ditekan dan pusingkan doh 90 darjah, bukan terbalik.

4. Sama juga cuma gelek tanpa ditekan. Pusing lagi, tekan sedikit pada kali ini dan ulang proses yang sama dengan menambah tekanan pada doh.

5. Kemudian, angkat dan letakkan pada tapak tangan kanan dan alih ke kiri pula untuk membuang saki baki tepung yang ditabur tadi.

 

Bakar

 

1. Panaskan pembakar.

Nota: Pemilik resepi menggunakan 'double pan' yang sebelah sahaja.

2. Biarkan panas pada api yang sederhana. Jangan terlalu kuat kerana nanti menyebabkan roti hangit dan tidak masak di bahagian dalam.

3. Kemudian, letak roti yang telah digelek tadi dan tunggu seketika sehingga kelihatan roti gelembung.

4. Terbalikkan dan tekan sedikit dengan sudip, dan terbalikkan sekali lagi untuk yang terakhir.

5. Selepas itu, boleh diangkat. Untuk proses bakar cuma mengambil masa sebentar sahaja untuk mengelak roti hangit.

Nota: Proses terbalik cuma 3 kali, jika lebih boleh akibatkan roti keras.

capati homemade 1  

 

Nota:

✔ Ini cara pemilik resepi dan keluarga beliau, iaitu menggunakan tepung gandum.

✔ Capati memang sinonim dengan tepung atta, namun, jika tidak tahu caranya agak sukar untuk menggunakan tepung atta.

✔ Jika mahir, roti akan menjadi lembut. Jika tidak, roti akan terus menjadi keras dan tidak boleh dinikmati.

✔ Untuk permulaan, baiklah gunakan tepung gandum sahaja kerana ia juga enak.

✔ Kuah boleh beraneka jenis. Pemilik resepi gemar makan dengan kari ayam, daging atau sardin.

 

Sumber:

1. Aslam Zainuddin [1, 2]

2. Wikipedia Capati




Hakcipta iluminasi.com (2017)