Oleh pada 12 Jan 2020 kategori

Untuk susu pekat, susu cair dan Nestle cream, ia tidak perlu dimasak dahulu jika dibuat sedikit-sedikit. Gunakan sahaja air masak untuk bancuh dan Nestle cream tidak perlu dimasak.

Nestle cream boleh dibeli di pasaraya dan kedai menjual bahan bakeri. Untuk tujuan jualan, ianya boleh dibeli dari pemilik resepi dengan harga RM5 sebekas.

Buko Pandan

Bahan-bahan:

  • Agar-agar (5 pek)
  • Sagu putih (2-3 gelas)
  • Isi kelapa muda
  • Susu manis (anggaran 2 tin) - jika tidak manis, perlu tambah
  • Susu cair (2 tin)
  • Nestle cream (1 tin) - dibancuh dengan sedikit air (rujuk cara penyediaan)

nestle cream 527

Cara penyediaan:

  1. Didihkan air bersama daun pandan. Apabila air telah mendidih, keluarkan pandan dan masukkan agar-agar untuk mendapatkan wangi asli pandan. Pemilik resepi tidak menggunakan perasa. Tetapi, boleh sahaja jika mahu gunakan perasa pandan.
  2. Masak agar-agar sehingga larut. Tambah sedikit pewarna hijau. Apabila telah larut, sejukkan. Potong dadu apabila telah keras.
  3. Masak sagu sehingga masak. Tos dan alirkan dengan air paip sehingga sejuk supaya sagu tersebut tidak melekat.
  4. Untuk airnya pula, satukan susu manis, susu cair dan Nestle cream. Gaul sehingga sebati dan sesedap rasa. Kemudian, masukkan agar-agar, sagu dan isi kelapa tadi. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam sebelum dihidang. Tambah aiskrim vanila juga enak. 

buko pandan 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Siti Zaimah Hamilun [12]

Sumber informasi: Zurina Junuy [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)