Oleh pada 21 Mar 2023 kategori

Apa yang menjadikan resepi ini lebih enak ialah tekstur keladak yang kasar terdapat padanya. Jika tiada daun pandan, ia boleh digantikan dengan perisa pandan.

Untuk lebih mudah dimakan, ia boleh dibuat dengan diletakkan di dalam bekas. Selain boleh disimpan beberapa hari, cara ini juga mengelakkan agar-agar dari berair apabila dipotong.

Agar-Agar Pandan Santan

resepi agar agar pandan santan 950

Bahan-bahan:

  • Agar-agar tali (12 gram)
  • Air (4 cawan)
  • Daun pandan (4-5 helai)
  • Santan (200ml) - untuk santan kotak, guna jenama Kara kerana berlemak elok
  • Telur gred A (sebiji)
  • Gula (125 gram/setengah cawan) - pemilik resepi kurangkan gula, boleh lebihkan jika mahu manis
  • Pewarna hijau (1 sudu kecil)

bahan bahan agar agar pandan santan 384

Cara-cara membuat:

  1. Kisar daun pandan dan 1 cawan air. Setelah siap, tapis. Siap untuk air pandan.
  2. Kacau sebati santan dan telur. Jika mahu kisar juga boleh. Tekstur lebih halus. Setelah siap, ketepikan.
  3. Pasang api dan masukan 4 cawan air dan agar-agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan gula, air pandan, santan dan telur, serta pewarna hijau. Kacau sebati. Perlu kacau dahulu supaya tIdak bergumpal.
  5. Setelah sebati, biarkan mendidih selama 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ini supaya santan terpisah dengan air.
  6. Setelah 1-2 minit, tutup api. Kacau beberapa saat dan terus masukkan dalam loyang 8 inci.
  7. Biarkan set suhu bilik selama 30-40 minit. Kmeudian, baru masukkan dalam peti selama 2 jam dan sudah boleh dimakan.

Cara penyediaan bergambar:

cara membuat agar agar pandan santan

  1. Kisar daun pandan dan air.
  2. Siap air pandan.
  3. Kisar santan dan telur. Jika kisar, tekstur lebih halus. Pemilik resepi sebatikan menggunakan sudu sahaja.
  4. Biar agar-agar tali mendidih seperti ini.
  5. Barulah masukkan gula, pewarna dan santan.
  6. Kacau dahulu supaya tidak bergumpal.
  7. Apabila sudah sebati, biarkan ianya mendidih selama 2-3 minit. Jangan kacau ketika ini supaya santan dan air terpisah. Selepas 2-3 minit, kacau sebati dan tutup api.
  8. Tuang dalam loyang 8 inci dan setkan suhu bilik selama 30-40 minit. Kemudian, barulah sejukkan dalam peti selama 2 jam ke atas.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Muhammad Ali [12]

Sumber informasi:

1. Noor Azimah [1, 2]

2. Zuita Ita [1, 2]

3. Noryazmin Natasha [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)