Oleh pada 28 Sep 2018 kategori

Pandan cukup sinonim dengan masakan masyarakat Melayu. Baunya yang wangi memang boleh membuka selera sesiapa sahaja. 

Selain kek kukus pandan, terdapat pelbagai lagi versi kek menggunakan perisa pandan seperti kek span pandan, kek pandan moist, kek marble pandan, kek pandan layer, kek pandan santan dan kek pandan chiffon.

Kali ini kami akan berkongsi cara untuk membuat kek kukus pandan cheese leleh yang pernah menjadi tular. Selamat mencuba!

Bahan-bahan (1 loyang bulat)

  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur (mix sampai gebu dan putih)
  • 1 sudu besar ovelatte
  • 1/2 cawan minyak masak } jangan dilebihkan
  • 1/2 cawan susu cair } jangan dilebihkan
  • separuh tutup pewarna hijau
  • 1 penutup besar perisa pandan } boleh ditukar kepada perisa strawberi, vanilla dan warna
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder (serbuk penaik)

Tips:

1. Soda bikarbonat tidak perlu.

2. Pastikan sukatan minyak dan susu cair tidak lebih.

Cara-cara:

1. Mixer gula, telur, ovelatte sehingga gebu dan berwarna putih.

2. Masukkan minyak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan.

3. Mixer sampai sebati.

4. Masukkan tepung dan baking powder. Mixer sebentar, jangan lama.

5. Stop mixer dan kaup balik bahan tadi. Peringatan: Jangan letak soda bikarbonat.

6. Kukus kek 30 minit dengan api sederhana. Pastikan air mendidih sebelum mengukus. Tutup kepala pengukus dengan kain (balut).

Cream cheese leleh

Bahan-bahan

  • 250 gram cream cheese Tatura
  • suku cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis (ikut manis sendiri)

Cara penyediaan:

1. Mixer semua sehingga gebu.

2. Selepas kek masak, tunggu kek betul-betul sejuk. Untuk layer, kek dengan cheese, keluarkan kek dari loyang dan letak dalam pinggan. Potong atau belah tengah dan letak cream cheese. Letak semula kek yang dipotong tadi. Letak cream cheese dan ratakan.

3. Parut cheddar cheese atas kek.

kek kukus pandan 2

Sumber resepi:

1. Zeyta Rayyan

2. Ezzah Nurafiqah

3. Aien Suraya Bte HQ




Hakcipta iluminasi.com (2017)