Oleh pada 11 Apr 2023 kategori

Berbanding variasi bubur lambuk lain, apa yang menjadikan menu tradisi dari negeri Pantai Timur ini istimewa ialah ia lebih kepada ulam-ulaman atau daun-daun kayu yang digunapakai sebagai bahan.

Sebagai bahan tambahan, anda boleh meletakkan udang yang kulitnya telah dibuang terlebih dahulu. Air yang keluar dari udang menjadikan menu yang begitu sinonim dengan bulan Ramadhan ini bertambah enak.

Selain budu, anda juga boleh memilih untuk tidak meletakkan kerisik. Untuk bawang kisar pula, ia tidak perlu ditumis dahulu.

Bubur Lambuk Terengganu

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Santan pekat
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang merah - kisar
  • Bawang putih - kisar
  • Halia (sedikit) - kisar
  • Lengkuas (sedikit) - kisar
  • Kerisik (nyiur gula)
  • Budu - juga boleh tidak diletakkan
  • Isi ikan selayang (kuantiti mengikut citarasa) - kukus dan kisar
  • Perasa
  • Daun kayu (pucuk midin, daun kadok, cekok manis, daun kunyit, daun kesum, pucuk ubi dan lain-lain)

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh beras sehingga bersih. Masak seperti membuat nasi bubur, moi atau nasi air.
  2. Setelah jadi bubur, letakkan santan, bawang mesin, lada hitam, ikan yang ditumbuk tadi, kerisik dan bahan kisar yang lain.
  3. Kemudian, masak lagi sehingga mendidih. Letakkan daun kayu diikuti bahan-bahan lain iaitu bahan perasa, garam, Ajinomoto dan budu.
  4. Masak sedikit lagi. Biar daun kayu layu dan masak betul. Siap.

Nota: Bahan campuran bergantung kepada kuantiti beras yang digunakan.

bubur lambuk terengganu 1

Kredit foto: Ainiey Ismail (resepi sama digunakan) 

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Aida Jz [1, 2]

Sumber informasi: Wan Mie Muhd [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)