Oleh pada 29 Apr 2019 kategori

Dakjuk adalah sejenis juk (bubur Korea) yang dibuat dengan ayam. Walaupun makanan Korea biasanya pedas, dakjuk tidak pedas, menjadikannya mudah untuk dicerna.

Pesakit dan kanak-kanak sering makan dakjuk di Korea.

Kini, dakjuk menjadi terkenal kerana nilai pemakanannya yang tinggi supaya orang boleh mencubanya di pelbagai restoran yang pakar untuk juk di Korea.

Dakjuk berbeza dengan sup ayam yang terdapat di negara-negara Barat dari segi resepi, rasa dan ramuan.

Bahan-bahan utamanya adalah beras, ayam, bawang putih dan bawang hijau.

 

Dakjuk (Bubur Beras dan Ayam Korea)

 

Bahan-bahan:

  • Beras (setengah cawan) - dibasuh)

➡ Masak dengan 4 cawan air. Agak tidak cukup, tambah air. 

  • Ayam (3 ketul) - bahagian apa-apa sahaja

➡ Potong kiub, ambil sekali bahagian tulang untuk lebih enak.

  • Lobak merah (1 batang) - saiz sederhana, dipotong kiub halus
  • Brokoli (1/2 bahagian) - dipotong halus-halus
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Minyak masak (2 sudu besar)
  • Kiub ayam (1 xxx)
  • Telur ayam (jumlah terpulang )
  • Daun bawang (sedikit)
  • Garam dan serbuk cukup rasa

 

Cara-cara membuatnya:

1. Nasi yang telah separuh jalan masak tadi itu, masukkan ayam.

Nota: Jangan tunggu sehingga menjadi moi.

2. Apabila beras telah menjadi moi, tumis bawang putih dalam kuali sehingga wangi. Tuang dalam periuk bersama-sama dengan minyak tumis tadi. Kacau sebati dan masukkan lobak merah.

3. Masukkan kiub ayam. Jika mahu, boleh tambah air ketika ini.

4. Masukkan garam dan serbuk cukup rasa. Agak-agak.

5. Masukkan brokoli.

6. Biarkan seketika dan lihat konsistensi moi tersebut. Jangan terlalu pekat dan terlalu cair.

7. Masukkan telur dan jangan kacau. Tutup periuk sebentar.

8. Apabila telur telah separuh masak, tutup api.

9. Masukkan bubur dalam mangkuk, jangan sehingga kuning telur pecah. Tabur daun bawang dan boleh dimakan.

 

Sumber:

1. Sue Rzk [12]

2. Wikipedia Dakjuk




Hakcipta iluminasi.com (2017)