Oleh pada 28 Aug 2020 kategori

Ikan salmon merupakan sebuah menu sihat yang sesuai untuk mereka yang berdiet. Ikan salmon yang segar dan tidak pucat kebiasaannya dijual dengan harga yang mahal di pasaraya.

Blackened salmon boleh dihidang dengan potato wedges dan salad. Sebagai cadangan, ia juga boleh dimakan dengan sos lemon.

Blackened Salmon Dengan Sos Krim Bawang Putih (Garlic Cream Sauce)

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon
  • Sos tiram
  • Serbuk kari
  • Serbuk lada hitam
  • Herba campuran (mixed herbs)
  • Garam
  • Perasa
  • Mentega
  • Keju
  • Daun kari
  • Tepung jagung

Cara-cara penyediaan bergambar:

blackened salmon with garlic cream sauce default 1 943  

1. Perap ikan salmon memadai selama 5 minit dengan sos tiram, serbuk kari, serbuk lada hitam, herba campuran, garam dan perasa.

2. Panggang menggunakan api sederhana dengan mentega sehingga ikan masak. Tutup semasa ikan dipanggang supaya cepat masak dan mengelakkan air ikan cepat kering.

3. Bahan untuk dikisar halus:

  • Bawang putih (4 ulas)
  • Bawang besar (1 biji)
  • Susu segar (150ml)
  • Serbuk kari (1 sudu kecil)
  • Serbuk lada hitam (secubit)
  • Garam dan perisa (secukup rasa)

Tumis bahan yang dikisar tadi dengan mentega menggunakan api sederhana.

4. Tambah sekeping keju dan juga daun kari untuk bau lebih sedap. Apabila keju telah cair dan kuah mendidih, tambah bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan sos.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: AL Khalaf Nasuha [12]

Sumber informasi:

1. Syuhairah Rizalman [12]

2. Norhabibah Hanif Vincent [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)