Biskut thumbprint atau biskut ibu jari merupakan sejenis biskut yang cukup menarik dan mudah untuk dibuat.
Anda perlu menekan bahagian tengahnya menggunakan ibu jari bagi membentuk lubang lalu diisi dengan jem seperti strawberi, nenas atau lain-lain.
Sekiranya mahu menghiaskan dengan sugar aising pula di atasnya, anda digalakkan supaya menggunakan jem yang kurang manis sebagai isian.
Biskut Thumbprint Red Velvet
Bahan-bahan:
- Mentega (2 cawan) - 1 cawan mentega bersamaan 150 gm
- Gula perang (1 cawan)
➡ Campurkan sebati
- Kuning telur (2 biji)
- Esen vanila (1 sudu kecil)
- Pewarna merah (1 sudu besar) - pemilik resepi gunakan oil base
➡ Masukkan telur satu per satu lalu masukkan pulak esen dan pewarna merah. Kacau rata.
- Tepung gandum (3 cawan)
- Tepung jagung (1 cawan)
- Serbuk koko (2 sudu besar)
➡ Ayak dahulu dan masukkan ke dalam adunan di atas. Uli sehingga doh tidak lekat di tangan.
Cara-caranya:
1. Setelah selesai, ambil doh tadi dan boleh bulat-bulat kan persatu lalu tekan di bahagian tengah biskut itu menggunakan jari. Pemilik resepi gunakan ibu jari. Sekiranya jari agak besar gunakan jari telunjuk .
2. Bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah mengikut suhu ketuhar masing-masing .
Untuk coklat dan hiasan:
1. Gunakan gula kastor dan golekkan biskut ke atas gula
2. Coklat putih secukupnya ( pemilik resepi gunakan Berlys). Cairkan dan paip ke atas biskut. Pemilik resepi menggunakan sudu plastik kerana lebih mudah
3. Untuk coklat putih biasanya proses mengeras agak lambt, letakkan sahaja ke dalam chiller sementara selama 2-3minit. Sekiranya coklat sudah mengeras boleh la dikeluarkn, tetapi jangan terus letakkan ke dalam balang kerana biskut mugkin sejuk. Sekiranya diletak ke dalam balang terus, akan jadi berwap. Letak di luar dahulu dalam lebih kurang 1/2 jam baru masukkn ke dalam balang.
4. Sekiranya rumah menggunakan air-cond, letak sahaja di ruang itu. Setelah keras boleh disimpan terus ke dalam balang.
Nota: Pastikan tidak memandai-mandai menambah tepung, cukup sekadar adunan tidak lekat di tangan. Sekiranya adunan keras, rekahan akan terjadi di sekeliling biskut.
Sumber: