Kek baldu merah (red velvet cake) merupakan kek yang terkenal dengan warna merah gelap, merah terang atau warna merah-coklat. Lazimnya disediakan berlapis dengan krim keju. Warna merah itu didapati dengan menambah pewarna makanan merah. 

Bahan-bahan yang lazim digunakan termasuk susu mentega (buttermilk), mentega, tepung, koko, dan ubi bit (beetroot) atau pewarna merah.

Jumlah koko yang digunakan adalah berlainan bergantung kepada resepi.

Krim keju dan buttercream merupakan bahan yang lazimnya digunakan.

 

Kek Red Velvet

  

kek red velvet

 

Bahan-bahan:

  • Mentega (250gm)
  • Gula aising / icing sugar (200gm)
  • Tepung naik sendiri (225gm) + serbuk koko (2 camca besar)
  • Telur ayam (3 biji) - gred A
  • Yogurt (1 cawan / cup) - dikisar halus
  • Pewarna merah (1 camca besar)
  • Esen vanila (1 sudu teh)

 

Cara pembuatan:

1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang dan putih.

2. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati. Tuang esen vanila dan pewarna merah.

3. Kaup balikkan campuran tepung dan serbuk koko ke dalam adunan berselang seli dengan yogurt sehingga habis.

4. Bakar dalam loyang 8 inci selama 45 minit dengan suhu 180'c.

5. Sejukkan dan potong menjadi 2 lapisan (layer).

  

Topping 

 

Bahan-bahan:

  • Keju krim / cream cheese (500gm)
  • Gula aising / icing sugar (200gm)
  • Krim putar bukan tenusu / non diary whip cream (50ml)

 

Cara penyediaan:

1. Pukul keju krim dan gula aising sehingga kembang dan putih. Kemudian, masukkan krim putar dan pukul sehingga gebu dan kental.

2. Sapukan topping di antara lapisan kek tadi. Seterusnya, ratakan keseluruhan badan kek tadi.

3. Gunakan nozzle 844 untuk paipkan roses ke atas kek, dimulakan dengan dipaipkan di bahagian bawah dan naik ke atas.

4. Sebaiknya letakkan dalam pendingin (chiller) untuk 2 jam sebelum dipotong atau dihidangkan.

  

kek red velvet 1

 

Sumber:

1. Azizi Rais [12

2. Wikipedia Kek Red Velvet

3. Tiha Delicious [12]


tags : , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)