Oleh pada 29 Apr 2019 kategori

Biskut kelapa merupakan sejenis biskut lama zaman dahulu yang menggunakan bahan-bahan asli seperti biskut semperit, bangkit santan dan biskut kelapa lagenda.

Jika menggunakan kelapa parut segar yang disangai, ianya lebih enak dan wangi rasanya berbanding menggunakan kelapa kering yang dibeli di kedai bekalan bakeri.

Ramuan dari tepung ubi melengkapkan keaslian rasa biskut yang cair di mulut, sedap dan wangi.

Antara kelebihan biskut lama ialah ia tidak memerlukan banyak dekorasi, meskipun polos rasanya amat asli.

 

Biskut Kelapa Bulan Sabit

 

Bahan-bahan:

  • Marjerin (1 cawan)
  • Gula aising (1 cawan)
  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Tepung jagung (3 cawan)
  • Kelapa (2 cawan) - telah disangai
  • Esen vanila (1 sudu teh) - boleh juga letak warna kuning

Nota: Pemilik resepi tidak letak kerana mahukan warna yang asli.

  • Kuning telur (sebiji)

 

Cara penyediaan:

1. Pukul telur, marjerin dan gula aising sehingga kembang.

2. Kemudian, masukkan semua tepung dan kelapa yang telah disangai tadi.

3. Bakar dalam suhu 160° (25 minit).

 

Resepi Bonus: Biskut Bangkit Kelapa Asli

biskut bangkit kelapa asli 287

 

Bahan-bahan:

  • Gula kastor (1 cawan)
  • Marjerin (1 cawan) - jenama Pelangi
  • Tepung gandum (1 cawan)
  • Kelapa sagai (1 cawan) - juga boleh tukar bijan/Oreo/keju/santan
  • Tepung ubi kayu (3 cawan)
  • Serbuk penaik (1 camca) - sudu KFC
  • Telur (1 biji)

 

Cara penyediaan:

1. Putar gula dan marjerin sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan putar sebentar.

3. Masukkan serbuk penaik dan putar sebentar.

4. Masukkan tepung ubi kayu, tepung gandum dan kelapa sagai.

5. Kaup balikkan dan gaul menggunakan tangan. Uli sebati.

6. Setelah sebati, biarkan selama sejam. Kemudian, baru cetak menggunakan cetak mengikut kesukaan.

7. Bakar (40 minit 150°) mengikut ketuhar masing-masing.

 

Sumber:

1. Aroha Roha [12]

2. Afwa Azalan [12]

3. Blog Kakwan (citarasawan.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)