Oleh pada 28 Apr 2019 kategori

Biskut dam merupakan sejenis biskut orang dahulu yang mempunyai rupa yang unik dan berkotak-kotak.

Biarpun ia sukar dan memakan masa untuk dibuat, hasilnya amat sedap dan berbaloi.

 

Antara proses yang perlu dilakukan ialah mencanai, melapis, mengukur, memotong, mencantum dan keluar masuk peti ais.

Jika anda mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, anda boleh menyiapkannya dalam sehari.

Apa yang penting, jangan terburu-buru semasa menghasilkannya bagi memperoleh hasil seperti yang diinginkan.

 

Biskut Dam

Kredit foto: Saly Nata (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

 

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 1/2 cawan)
  • Planta (1 cawan)
  • Gula kastor (1/2 cawan)
  • Telur (1 biji)
  • Serbuk koko (3 sudu besar)

 

Cara penyediaan:

1. Pukul planta dan gula sehingga kembang menggunakan senduk kayu.

2. Masukkan telur dan tepung. Gaul sebati.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan serbuk koko.

4. Masukkan kedua-dua doh dalam plastik dan disimpan di dalam peti ais selama 30 minit.

 

Cara melapis dam:

1. Kemudian, canaikan doh kuning dan doh koko lebih kurang 1cm tebal setiap keping. Pastikan kedua-dua doh sama saiz.

2. Sapukan campuran putih telur di atas lapisan koko. Kemudian, dilapiskan lapisan kuning di atas lapisan koko tersebut. Buat 4 lapis.

3. Selepas itu, lapisan yang telah siap itu dipotong-potong setebal 0.5cm ataupun 1cm setiap keping.

Nota: Ketebalannya mempengaruhi besar atau kecil biskut itu.

4. Sapukan putih telur di atas sekeping lapisan itu dan diletakkan lagi sekeping lapisan bersilih warna (kuning+koko+kuning+koko). 4 lapis kesemuanya. Kemaskan susunan tersebut.

5. Di bahagian hujung lapisan yang telah menjadi seperti blok itu, anda akan dapat lihat seperti susunan dam. Potongkan hujung

yang tidak kemas itu dan seterusnya potonglah biskut itu setebal 1cm setiap keping.

6. Bakar pada suhu 165c selama 10 minit.

biskut dam 2

 

Sumber:

1. Athirah Mazalan [1, 2]

2. Citarasawan (citarasawan.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)