Oleh pada 25 Jan 2020 kategori

Udang khamped merupakan sebuah menu terkenal yang berasal dari Siam. Ia lazimnya boleh didapati di kedai makan Siam dan dijual dengan harga yang mahal. 

Selain udang, ayam dan ikan juga boleh digunakan. Mengikut resepi asal, bahan-bahan tidak dikisar halus.

Selain itu, serai juga boleh dipotong secara menyerong semasa tumis. Namun, ia terpulang kepada citarasa masing-masing.

Resepi ini telah pun diolah oleh pemilik resepi sehingga mendapat hasil yang dikatakan lebih sedap dari yang dijual di kedai makan.

Udang Khamped

Bahan-bahan:

  • Udang (1kg) - seeloknya udang besar atau udang galah, garam kunyitkan dan goreng sebentar

Bahan kisar halus:

  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Halia (1 inci)
  • Lengkuas (1/2 inci)
  • Serai (2 batang) - dipotong halus
  • Cili hidup (2 biji) - merah
  • Cili api (5 biji) - hijau

 

  • Cili kisar (2 sudu)
  • Pes tomyam (1 sudu)
  • Sos tiram (1 sudu)
  • Sos cili (1 sudu)
  • Sos ikan (1 sudu)

Bahan perasa:

  • Garam
  • Gula
  • Gula merah

Bahan hiasan:

  • Daun limau purut

Cara-cara membuat:

  1. Panaskan minyak bekas goreng udang dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos ikan. Masak sehingga mendidih. Jika kering, masukkan air.
  4. Masukkan udang dan gaul sehingga sebati. Perasakan.

udang khamped 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Ida Zairi [1, 2]

Sumber informasi: Rashidah Mohd Fauzi [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)