Oleh pada 05 Sep 2018 kategori

Bahan-bahan A

  • 1 biji telur ayam (tak kisah saiz apa pun janji sebiji)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan mentega / marjerin / planta
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 cubit garam

Cara penyediaan:

Masukkan semua bahan di atas dan gaul sebati. Tips: Jangan lama-lama, ini biskut, bukan kek.

Bahan-bahan B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara penyediaan:

Ayakkan semua dan masukkan dalam adunan bahan A. Gaul sebati.

Bahan-bahan C

  • 1 cawan coklat chip
  • 1 cawan coklat rice
  • 1 cawan almond

Cara penyediaan:

  1. Selepas bahan B sudah digaul sebati dengan bahan A, masukkan bahan C. Kacau sebati. Setelah siap, boleh sudukan ke atas loyang. Tips: Loyang tak perlu sapu planta, memang tidak lekat.
  2. Sudukan 1 sudu kecil dan letak di atas sudu besar. Tekapkan sudu kecil tadi dan jatuhkan ke loyang. Setelah masak jadi bentuk bulat-bulat.
  3. Panaskan dahulu ketuhar api atas bwh 170°c 10 minit dan bakar dalam 25 minit. Tips: Kadang-kadang lain oven lain kepanasannya. Apabila warna bertukar menjadi perang bermaksud biskut telah masak.

Sumber: Atie Watie




Hakcipta iluminasi.com (2017)