Oleh pada 01 Sep 2018 kategori

Bahan ayam:

  • 1/2 ekor ayam (gaul garam kunyit dan goreng separuh masak)
  • Bawang kecil/putih/halia (dihiris)
  • Bawang besar/putih/halia (dikisar)
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 cili besar (dipotong dua)
  • 1 biji tomato (dibelah)
  • Serbuk cili (2 sudu makan)
  • Rempah baryani (6 sudu makan)
  • Rempah tumis
  • Minyak sapi dan minyak masak

Bahan nasi:

  • 1kg beras basmati (basuh dan tos)
  • Bawang kecil/putih/halia (dihiris)
  • Bawang besar/putih/halia (dikisar)
  • Rempah tumis
  • 1/2 tin susu cair
  • Daun pandan
  • Daun ketumbar

Cara memasak ayam:

1. Tumis bahan hiris, blender, cili potong, tomato dan rempah sehingga wangi.

2. Masukkan sedikit air, serbuk cili dan rempah baryani. Masak sehingga keluar minyak.

3. Perasakan dengan garam, aji dan gula.

4. Kemudian masukkan ayam dan daun ketumbar. Ketepikan. Biarkan sedikit berkuah kerana nanti perlu masakkan nasi.

Cara memasak nasi:

1. Tumis bahan hiris, blender, rempah tumis dan daun pandan sehingga wangi.

2. Masukkan air dan susu cair.

3. Perasakan (sukatan air mesti sama dengan beras 1:1).

4. Apabila telah mendidih, masukkan beras. Jangan kerap kacau untuk elak beras patah-patah, nak godek-godek sila guna garfu.

5. Setelah nasi kering, masukkan nasi dalam periuk ayam beriani tadi. Taburkan daun ketumbar dan masak dengan api kecil.

6. Sekali-sekala kacau nasi untuk ratakan ayam dan nasi. Tunggu sehingga nasi sudah masak sepenuhnya.

Sumber: Qwinn Azni




Hakcipta iluminasi.com (2017)