Oleh pada 10 Mar 2020 kategori

Untuk mendapatkan struktur kulit tepung yang lebih cantik selepas digoreng, tekan sedikit tepung pada ayam ketika proses menyalut tepung. Jika anda merasakan resepi ini agak masin, kurangkan sedikit kesemua jenis serbuk yang digunakan.

Untuk serbuk yang ditabur di atas ayam setelah digoreng, ia sebenarnya serbuk cili biasa yang dijual di kedai runcit pada bahagian rempah kari. Selain itu, serbuk yang digunakan berkemungkinan seperti lada putih berperisa (seperti lada putih jenama Ajinomoto).

Ayam Gunting

Bahan-bahan serbuk:

  • Kiub ayam (1)
  • Serbuk paprika (2 sudu besar) - jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili
  • Keropok jenama Twisties (separuh pek)
  • Serbuk lada hitam (1/2 sudu besar)
  • Gula (1 sudu besar)

Cara membuat:

Kisar kering semua bahan di atas.

Bahan-bahan ayam gunting :

  • Isi ayam - dipotong nipis-nipis
  • Tepung goreng ayam yang kecil (1 kotak)
  • Serbuk roti (1 1/2 cawan)
  • Telur

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan tepung dengan serbuk roti. Masukkan ayam dan gaul sekata. 

2. Celup dalam telur dan masukkan kembali dalam tepung tadi. Goreng. 

Nota: Buat sekeping, jangan masukkan semua ayam tersebut dalam tepung.

3. Angkat dan toskan. Taburkan serbuk yang dibuat tadi. Siap. 

ayam gunting 2

ayam gunting 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Are Peace [12

Sumber informasi:

1. Naza Sby [1, 2]

2. Aien Mior [1, 2, 3

3. Nur Ariana [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)