Oleh pada 30 Dec 2018 kategori

Teriyaki merupakan cara memasak makanan Jepun yang dipanaskan atau dipanggang di atas kuali besi yang rata untuk memanggang dengan menggunakan sos teriyaki (tare).

Sos teriyaki diperbuat daripada kicap (shōyu), sake untuk memasak dan gula pasir dengan kadar 1:1:1.

Perkataan teriyaki berasal dari perkataan "teri" yang bererti bersinar (kerana mengandungi gula) dan perkataan "yaki" yang bererti dibakar atau dipanggang.

Semasa sedang membuat teriyaki, bahan-bahan makanan yang akan dipanggang dicelup dan diperap dengan sos teriyaki beberapa kali sehingga betul-betul masak.

Di Jepun, bahan yang banyak digunakan dalam masakan teriyaki merupakan ikan yang yang banyak daging seperti tongkol, makarel, trout dan marlin.

Manakala di luar Jepun, pelbagai jenis daging seperti ayam, lembu dan khinzir; atau sotong ataupun bahan daripada ubi konnyaku dipakai.

Ayam Teriyaki

Kredit foto: Shameema Ahamed & Makcik Ratu (Gambar kedua bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan-bahan:

  • Ayam (digoreng dengan tepung goreng Bistari atau apa-apa tepung goreng) - ketepikan
  • 1 biji cili merah (dipotong)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Bijan secukupnya (disangai)

Bahan-bahan sos:

  • Gula perang (2 sudu besar)
  • Sos tiram (1 sudu kecil)
  • Madu (2 sudu kecil)
  • Blackpepper (1 sudu kecil) - dikisar
  • Kicap pekat (1 sudu kecil)
  • Kicap manis (4 sudu besar)

Satukan kesemua bahan di atas dalam satu mangkuk.

Cara-cara membuat:

1. Panaskan sedikit minyak goreng ayam tadi ke dalam kuali dan masukkan semua bahan sos di atas dan kacau sebati.

2. Masukkan bijan dan kacau sekata.

3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Setelah ayam telah salut sepenuhnya dengan sos, boleh tutup api. Siap.

4. Hidangkan ayam ke atas pinggan dan taburkan sedikit bijan, cili merah dan daun bawang.

Tips: Boleh tambah atau kurangkan sukatan bahan-bahan di atas mengikut citarasa manis, pedas atau masin masing-masing.

Resepi Bonus: Sandwich Ayam Panggang Berserta Salad

sandwich ayam panggang berserta salad

➡ Ambil ayam bahagian peha tetapi buang tulang.

Tips: Peha lazat kerana terdapat banyak lemak. Cukup terangkat apabila lemak tersebut dipanggang.

➡ Perap dengan sos tiram, kicap manis, kicap abc, bawang merah+putih dan halia kisar dan sedikit blackpepper.

➡ Kemudian, panggang sahaja.

➡ Balut ayam panggang dengan salad. Kemudian, letak sos banyak-banyak.

Tips: Jika tiada sos thousand island, campur mayonis atau yogurt, sos cili dan sedikit jus lemon.

Nota: Jika anda ambil berat tentang diet, sila olah resepi mengikut menu diet anda. Contohnya, peha ayam boleh ditukar dengan dada ayam yang dipanggang plain. Boleh juga gunakan sos yang mesra diet.

Sumber:

1. Shameema Ahamed [1, 2]

2. Mar Shitah [1, 2]

3. Wikipedia Teriyaki




Hakcipta iluminasi.com (2017)