Samosa merupakan sebuah juadah yang sesuai dibuat sebagai sarapan pagi atau kudapan petang. Ia boleh disejukbekukan dan sedia untuk digoreng pada bila-bila masa.

Selain itu, menu ini juga sesuai dijadikan sebagai bekal untuk anak-anak yang masih bersekolah. Selain bentuk segi tiga, anda juga boleh menggulungnya dengan cara biasa seperti popia.

Samosa Ayam

samosa ayam 9 750

Bahan-bahan ayam kisar:

  • Dada ayam 
  • Telur (2 biji) 
  • Kentang 
  • Lobak merah 
  • Daun sup 
  • Bawang Holland 

Kisar kesemua sekali menggunakan food processor. Pemilik resepi menggunakan jenama Philips. Setelah hancur, masukkan bahan-bahan di bawah. 

  • Serbuk lada hitam - dikisar sendiri, bukan yang siap dibeli (ready made
  • Serbuk lada sulah - siap dibeli (ready made)
  • Garam 
  • Perasa - pilihan 

samosa ayam 1

Bahan-bahan lain:

  • Kulit popia
  • Air tepung jagung

Cara-cara penyediaan bergambar: 

samosa ayam default

  1. Gunakan pastri ini yang dipotong empat bahagian (memanjang). 
  2. Air tepung jagung untuk lekatkan pastri kemudian.  
  3. Letakkan ayam kisar di bahagian hujung.  
  4. Lipat tiga segi seperti simpan plastik. Lipat sehingga hujung. 
  5. Sapu (spread) air tepung jagung dan lipat yang terakhir untuk lekatkan kulit popia tersebut.  
  6. Hasilnya.  
  7. Goreng menggunakan minyak yang banyak dan api perlahan. Setelah siap, tunggu sejuk dahulu sebelum makan. 

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: By't Zakaria [12]

Sumber informasi:

1. Suraya Hashim [1, 2]

2. Ismaliana Binti Sulaiman [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)