Begedil ayam boleh dijadikan sebagai salah satu aksesori untuk menu soto. Resepi ini dapat menghasilkan 46 ketul saiz mini dan saiz adalah terpulang kepada citarasa masing-masing.
Jika mahu dibuat stok untuk sejuk beku, goreng seketika sahaja. Toskan minyak, sejukkan dan boleh disimpan di dalam bekas.
Begedil Ayam
Bahan-bahan:
- Kentang (15 ketul) - 1.5kg
- Ayam kisar berkualiti tinggi (sebungkus) atau isi ayam yang telah dicarik - 400g
- Bawang goreng (1 cawan)
- Hirisan daun sup dan daun bawang (1 cawan)
- Lada putih (2 ½ sudu teh)
- Garam (secukup rasa)
- Putih telur (3 biji) - AA
Cara-cara penyediaan:
- Kupas kentang dan cuci bersih. Kukus sehingga kentang lembut. Sejukkan.
- Lecek kentang sehingga lumat.
- Campurkan ayam kisar yang telah dicuci, bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang, lada putih dan garam bersama dengan kentang lenyek. Gaul sehingga sekata.
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Pemilik resepi timbang setiap doh dengan berat 25g. Bulatkan dan bentukkan agar lebih cantik dan kemas.
- Panaskan minyak, salutkan doh begedil dengan putih telur dan goreng sehingga berwarna keemasan.
- Setelah masak, toskan minyak berlebihan. Sedia untuk dihidangkan dan diratah begitu sahaja.
Nota:
- Kentang boleh juga digoreng dahulu sebelum dilecek sehingga lumat.
- Jangan balik-balikkan begedil dengan kerap ketika menggoreng supaya ia tidak pecah.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.