Oleh pada 30 May 2023 kategori

Ayam masak kicap merupakan sebuah hidangan popular musim kenduri dimana penggemarnya pasti tahu terdapat versi yang meletakkan suhun dan lada sulah sebagai bahan. Untuk versi tersebut, air perlu diletakkan secara banyak kerana suhun akan menyerap air.

Kaki ayam bersama cendawan masak sos tiram yang menjadi resepi bonus kali ini pula merupakan sebuah lauk yang sememangnya popular di kalangan kaum Cina. Untuk hidangan ini, kuku ayam sebolehnya dipotong hanya selepas kaki ayam digoreng.

Ayam Masak Kicap Berempah

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Halia
  • Daun karapole/daun kari
  • Kari (2 atau 3 sudu)
  • Kicap
  • Air asam jawa (sedikit)
  • Kentang
  • Daun sup

Cara-cara penyediaan:

cara masak ayam masak kicap berempah

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang, halia dan daun kari. Tumis sehingga naik bau wangi.
  2. Kemudian, masukkan kari mengikut kuantiti ayam. Kari tidak perlu dibancuh dengan air (seperti dalam gambar). Kacau sebentar sehingga kelihatan garing.
  3. Masukkan kicap dan air asam jawa. Kacau sehingga masak. Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng.
  4. Siap. Masukkan daun sup. Boleh dihidang dengan nasi putih.

Resepi Bonus: Kaki Ayam Bersama Cendawan Masak Sos Tiram

kaki ayam bersama cendawan masak sos tiram

Bahan-bahan:

  • Kaki ayam (15 ketul) - bersih dan toskan (pastikan kaki ayam cukup kering sebelum digoreng)
  • Cendawan Shiitake (10 biji) - rendam sehingga kembang dan lembut (simpan air rendam untuk dimasak kemudian)
  • Bawang putih (8 ulas) - dipotong kecil
  • Halia (sekeping) - dipotong nipis
  • Bunga lawang (8 kuntum)
  • Sos tiram
  • Sos kicap cair
  • Kicap pekat
  • Garam
  • Gula
  • Lada
  • Minyak bijan

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan masukkan kaki ayam. Goreng sehingga kekuningan. Semasa menggoreng, tutup dengan penutup periuk kerana minyak akan meletup. Tunggu apabila bunyi telah berkurangan, baru buka penutup periuk dan gaulkan kaki ayam tersebut. Apabila telah kekuningan sepenuhnya, terus angkat dan letakkan ke dalam air yang sejuk. Rendam dalam air sejuk selama sejam atau sehingga kaki ayam kembang sepenuhnya. Kemudian, toskan.
  2. Panaskan minyak dengan secukupnya. Masukkan bawang putih, halia dan bunga lawang. Tumis sehingga bawang putih naik aroma dan masukkan sos tiram dan kaki ayam yang sudah direndam bersama air cendawan yang disimpan tadi. Gaul sebati selama 2 minit. Kemudian, tambah sos kicap cair, kicap pekat, garam, gula, lada dan minyak bijan.
  3. Semasa memasak, pastikan air melepasi kaki ayam. Jika air rendam tidak cukup, tambah air biasa juga boleh. Sentiasa periksa dan gaulkan. Tambah air jika perlu. Rebus selama sejam atau lebih atau sehingga kaki ayam empuk. Rasa dahulu apa yang kurang sebelum dihidangkan.

cara masak kaki ayam bersama cendawan masak sos tiram

kaki ayam yang sudah kembang

Kaki ayam yang sudah kembang

cendawan yang sudah kembang dan lembut

Cendawan yang sudah kembang dan lembut bersama air cendawan yang digunakan untuk rendaman tadi

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

Sarah Yusoff Alex [1, 2]

Jes Tham [1, 2]

Sumber informasi:

Sabil Tamizi [1, 2]

Mazuwa Zakaria [1, 2]

Nor Izyanti Ismail [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)