Oleh pada 13 Jun 2019 kategori

Antara menu dalam nasi ambeng merupakan lauk ayam.

Terdapat mereka yang gemar menjadikan ayam masak palembang sebagai lauk ayam tersebut.

Antara tips yang diberikan untuk membuat menu ini ialah jika ianya terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.  

 

Ayam Masak Palembang

 

 

 

Bahan-bahan (untuk 1 ekor ayam): 

 

Bahan A (dikisar): 

  • Bawang besar (2 biji) - sederhana
  • Bawang putih (5-6 ulas)
  • Halia (besar ibu jari)

 

Bahan B: 

  • Serbuk kunyit
  • Daun kari (2-3 tangkai)
  • Kicap manis (1/2 cawan)
  • Cili kisar (2 senduk nasi) - mengikut kepedasan
  • Asam keping (2 keping besar)
  • Santan (100ml)
  • Minyak - untuk tumis
  • Garam dan gula (secukup rasa)

 

Cara penyediaan: 

1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng setengah masak dan ketepikan.

2. Panaskan minyak.

3. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

4. Masukkan cili kisar.

5. Tumis sehingga pecah minyak.

6. Masukkan kicap. Jika mahu lebih hitam, tambah kicap pekat.

7. Masukkan daun kari.

8. Tumis sebentar. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

9. Masukkan asam keping.

10. Masukkan ayam dan masak sehingga ia empuk.

11. Masukkan santan.

12. Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan.

ayam masak palembang 1

Kredit foto: Saidatul Amira Adnan Shah‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas) 

ayam masak palembang 2  

Kredit foto: Nora Niey‎‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

ayam masak palembang 3

Kredit foto: Ainiyah Hazreeq‎‎ (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

 

Nota: Resepi ini merupakan sumbangan Jumaliah Husin Chua

 

Sumber: Junnaina Husin Chua [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)