Oleh pada 05 Sep 2018 kategori

Bahan-bahan rempah:

  • bawang merah bombay (10 bji)*
  • bawang putih (1 labu)*
  • halia seketul (saiz 2 kali ibu jari)*
  • serai (5 batang)*
  • serbuk kunyit (2 sudu kecil)
  • gula melaka (2 ketul) (pemilik resepi pakai nisey / gula kabung / gula nira yang banyak dijual di Terengganu dan Kelantan)
  • garam (3 sudu kecil)

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua yang bertanda *.
  2. Masak semua bahan di atas sehingga agak pekat atau kering. Rasa secukup rasa. Tips: Rempah ini memang agak manis. Sebab itu ayam elok berkilat apabila bakar atau golek.
  3. Ambil rempah sapu pada ayam dan perap dalam 1 jam atau lebih. Kemudian baru bakar.

Bahan-bahan sos cicah:

  • 10 bji cili kering (rebus dan kisar)
  • 5 ulas bawang putih bakar (kisar)
  • cuka (2 sudu kecil)
  • gula (3 sudu besar)
  • garam (1 sudu kecil)
  • tepung jagung (1 sudu besar)

Cara penyediaan:

  1. Masak semua dengan air. Setelah mendidih baru masukkan tepung jagung. Kacau sampai pekat. Siap.
  2. Apabila sos telah sejuk, tambah dalam sos kacang tanah tumbuk dan bijan.

Tips:

1. Ini merupakan resepi anggaran sahaja kerana ikut yang nisbah mak pemilik resepi buat 3 guni bawang, satu periuk besar menggunakan mesin khas untuk niaga. Jadi, pemilik resepi bagi dalam nisbah yang boleh buat 2 ekor ayam.

2. Anda boleh masuk seekor terus dalam ketuhar atau potong belah bakar seperti BBQ.

Sumber: Aini Salwa Binti Remely




Hakcipta iluminasi.com (2017)