ayam buttermilk

Bahan-bahan:

  • 2 ketul besar ayam (bahagian dada)
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa (potong dadu)
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi
  • 5 sudu besar tepung Bestari (jika suka pedas boleh gunakan perasa pedas )

Cara penyediaan:

  1. Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  2. Masukkan tepung ke atas ayam dan gaulkan sebati. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  3. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Dalam kuali, panaskan mentega sehingga cair. Tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  6. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian, masukkan ayam yang digoreng tadi.
  7. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Sumber: Arin Oshin


tags : , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)