remy ishak bakal berkahwin tidak lama lagi

Kredit foto: kualalumpurpost.net

Jarang melihat pelakon popular tanahair, Remy Ishak berlakon dalam drama atau filem di televisyen atau hadir ke acara hiburan.

Menerusi laporan sebuah ruangan di akhbar Utusan Mingguan, Remy dikhabarkan sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan beliau yang bakal dilangsungkan tidak lama sahaja lagi.

Dakwaan kehilangan pelakon itu yang dikaitkan dengan dirinya yang sedang merancang hari bahagianya mungkin ada benarnya memandangkan Remy merupakan seorang yang mementingkan kesempurnaan.

Bagaimanapun, Remy juga dilaporkan bakal beristerikan seseorang yang bukan bergelar artis. Tentu ramai tidak sabar untuk mengetahui siapa agaknya gadis bertuah yang berjaya menambat hati pelakon yang menjadi kegilaan ramai itu.

Sumber: beautifulnara.com & Utusan Mingguan


tags : , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)