Oleh pada 09 Nov 2017 kategori

dikatakan jadi pemandu uber ini jawab remy ishak

Kredit foto: Instagram Remy Ishak

Aktor Remy Ishak menafikan dakwaan dia mencari pendapatan sebagai pemandu Uber atau pernah mendaftarkan diri dalam servis e-hailing itu.

Sebaliknya aktor berusia 35 tahun ini menjadi pengguna servis berkenaan untuk berulang alik ke lokasi penggambaran selepas keretanya jenis Mitsubishi Triton hilang.

"Sejak kereta saya hilang, saya lebih selesa menggunakan servis Uber.

"Tidak benar tentang cerita saya bawa Uber seperti yang tersebar," katanya menurut laporan portal Astro Gempak.

Terdahulu, kereta jenis Misubishi Triton aktor ini dilarikan ketika sedang membeli ais dalam kejadian yang berlaku di sebuah kedai serba guna di Seri Kembangan iaitu pada pertengahan Mac tahun lalu.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Mohammad Zalimei Ishak ini akui dia redha dengan kehilangan keretanya itu.

"Saya anggap kereta saya yang hilang itu bukan rezeki saya, mungkin Tuhan mahu menggantikannya dengan lebih baik. Saya fikir positif sahaja," luahnya.

Mendedahkan lebih lanjut pengalaman menaiki Uber, Remy memberitahu ada di kalangan pemandu yang begitu teruja melihat kehadirannya sebagai penumpang.

"Kadang-kadang apabila naik Uber atau servis lain seperti Grab Car, mereka (pemandu) suka merakamkan gambar dengan saya jika perasan,

"Tetapi kalau saya duduk di bahagian belakang, mungkin ramai yang tidak perasan saya jadi penumpang mereka," tuturnya.

Mengenai perkembangan terkini, Remy sedang meneruskan penggambaran drama rantaian Kekasih Paksa Rela yang akan bersiaran di slot Akasia, antara lain dibintangi Intan Najwa dan Fizz Fairuz.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)