Oleh pada 26 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Remy Ishak

Remy Ishak meminta tunangnya, ahli perniagaan, Ezza Yusof, supaya berhenti mengeluarkan kenyataan berkaitan hubungan mereka di media sosial.

Remy atau nama penuhnya Mohamad Zalimie Ishak, 36, memberi nasihat itu kerana tidak mahu timbul salah faham yang akan membuatkan wanita itu tertekan di kemudian hari.

"Selalunya, saya berpesan kepada Ezza supaya jangan layan sangat apa orang luar kata dan tak perlu nak keluarkan sebarang kenyataan yang dirasakan kurang sesuai untuk dikongsi.

"Niat saya bukan mengongkong tapi cuma nak elakkan salah faham dan tak mahu dia fikirkan tentang gosip begini. Biarlah saya seorang yang lalui," katanya menurut portal Mstar Online.

Remy membuat kenyataan tersebut di di sidang media Dosa yang berlangsung di Hotel Nouvelle, Seri Kembangan, Selangor pada Rabu.

Sebelum ini, Ezza tampil di Instagram menyatakan dia bukanlah seorang janda sebagaimana yang dicanang netizen.

Dalam pada itu, Remy berkata, gosip yang tular itu tidak benar dan dia mengesahkan tunangnya itu bukanlah seorang ibu tunggal seperti yang diperkatakan ramai.

remy ishak larang tunang buat kenyataan 2

Kredit foto: Instagram Ezza Yusof

"Ada viral ke tentang kisah dia (Ezza) dah kahwin? Saya tak tahu pula. Tapi apa yang boleh saya kata dia belum pernah berkahwin.

"Sebab tu saya selalu pesan supaya dia tak perlu layan sangat gosip-gosip begini, nanti dia yang akan tertekan," katanya.

Mengenai perkahwinan mereka, Remy akui tidak mempunyai perancangan buat masa ini kerana lebih selesa menyerahkannya kepada soal jodoh.

"Sekarang ni saya nak kumpul duit dulu. Sudah cukup semuanya baru boleh ke arah itu. Lagi pula sekarang ini ada beberapa tugasan yang belum diselesaikan," katanya.

Terdahulu, pasangan ini bertunang pada Mei tahun lalu.

Berkongsi perkembangan kerjaya seni, drama lakonan Remy bertajuk Dosa yang merupakan kolaborasi mega antara produksi Malaysia dan Indonesia, bakal muncul di kaca televisyen.

Bersiaran selama lapan episod, drama ini bakal ke udara di saluran Astro First, saluran 480 bermula 14 Februari ini.

Dosa antara lain dibintangi Datuk M.Nasir, Ashraf Sinclair, Hisham Hamid dan Shenty Feliziana.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)