Oleh pada 05 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Mira Filzah & Instagram Remy Ishak

    

Pelakon Mira Filzah akui tidak mengetahui perihal tindakan Remy Ishak yang menghapuskan gambar di Instagram, selain berhenti mengikutinya di laman sosial itu.

Penyandang gelaran Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, perkara terbabit di luar kawalannya, namun beranggapan aktor itu barangkali sedang merencana sesuatu yang baharu bersempena dengan kedatangan tahun 2020.

    

mira filzah bertunang 194

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

“Saya tidak tahu mengenai hal itu. Mungkin Remy mahu memulakan sesuatu yang baharu sempena kedatangan 2020.

"Jadi dia membuat keputusan untuk mengemas kini pengisian kandungan gambar dan video yang ingin dikongsinya di media sosial," katanya memetik laporan portal BH Online.

Terdahulu, Remy memadam kesemua foto di Instagram sehingga dianggap sesetengah peminat sebagai tindakan yang pelik.

Malah beliau juga tidak lagi mengikuti akaun milik Mira yang merupakan rakan gandingannya dalam beberapa drama popular.

Begitupun hasil pemerhatian terkini mendapati aktor itu kembali memeriahkan laman berkenaan dengan berkongsi beberapa entri terbaru.

Beliau juga kembali mengikuti akaun Mira, selain Mira tetap kekal mengikuti akaunnya.

Dalam pada itu, Mira berkata, dia menyifatkan perhubungan yang terjalin antara mereka selama ini berlandaskan sikap profesional membabitkan soal kerja.

“Mengenali Remy, dia sangat selektif, terutama dalam berkawan dan siapa yang mahu diikut di media sosial,” katanya.

   

Sumber berita: 'Siapa dia... Biarlah rahsia'

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)