Oleh pada 08 Jan 2018 kategori

astaghfirullahalazim remy ishak tidak sangka terkejut

Kredit foto: Mstar & Astro Gempak

Aktor Remy Ishak terkejut apabila disapa khabar angin mengatakan dirinya sudah berkahwin secara rahsia dengan Ezza Yusof.

Remy, 36, hanya mampu ketawa menyambut pertanyaan tentang dakwaan itu.

"Astaghfirullahalazim. Belum lagilah. Mana ada. Belum sampai jodoh lagilah," katanya yang menganggap gosip itu melucukan, ketika ditemubual portal Mstar Online.

Spekulasi itu bertebaran selepas foto Remy atau Mohamad Zalimie Ishak, memakai pakaian pengantin dipercayai di sebuah majlis nikah menjadi tular, sekaligus dibual hangat di kalangan penggiat industri hiburan sepanjang minggu ini.

Malah beberapa penggiat mendakwa aktor itu sudah melangsungkan pernikahan secara rahsia.

Sebelum ini, beliau bertunang dengan gadis yang juga seorang ahli perniagaan pada Mei tahun lepas.

Mengulas perancangan berkahwin, Remy tidak mempunyai jawapan buat masa ini dan lebih selesa menyerahkan segalanya kepada soal jodoh.

Mengenai perkembangan kerjaya seni, aktor ini bakal muncul dalam sebuah filem seram bertajuk Pontianak The Legend dalam tempoh terdekat.

Filem tersebut antara lain dibintangi Namron, Tony Eusof, Fazura, Hisyam Hamid dan Shenty Fezliana.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)