Kredit foto: Instagram Remy Ishak

Remy Ishak, mendedahkan kejadian buruk yang menimpanya sewaktu menjalani latihan projek terbaharunya.

Remy atau nama penuhnya Mohamad Zalimie Ishak, 35, berkata, dia telah mengalami kecederaan patah jari kaki hingga tidak mampu berjalan.

Kenyataan berbentuk kapsyen di laman Instagram itu dikongsi bersama gambar yang memaparkan dirinya ditolak atas kerusi roda kerana sukar bergerak sendiri.

"Ok, cerita dia macam ini, semalam latihan untuk projek terbaru, jadi MMA fighter, nasib tak berapa baik," tulisnya. 

Namun, pelakon filem Redha itu menyifatkan ia sebagai situasi yang melucukan.

Apatah lagi, ini pertama kali dia mendapat kecederaan sebegitu.

"Saya tersilap langkah dan jari kaki abang terkeluar daripada landasan ini pertama kali mengalami kecederaan, kelakar betul lah!," tulisnya lagi.

remy ishak patah jari kaki 2

Kredit foto: Instagram Remy Ishak

Rata-rata peminat menaruh rasa simpati lalu melayangkan komen berbentuk doa agar aktor kesayangan mereka ini cepat sembuh, di samping berpesan supaya beliau lebih berhati-hati pada masa hadapan.

"Semoga cepat pulih, Remy Ishak #heromalaya kesayangan ramai. Sakit pun tetap kerja juga tapi hati-hati ya. Jangan banyak bergerak, awasi langkah anda.

"Jari patah tak apa lagi, jangan patah hati saja, abang Remy Ishak. Semoga dapat rehat yang cukup.

"Syafakallah, moga cepat-cepat sembuh. Ini masa Allah suruh rehat. Jangan banyak bergerak sangat nanti lambat baik.

"Ini dikatakan pelakon serba boleh @remyishak untuk menjayakan setiap watak kena berkorban dengan setiap kemungkinan yang terjadi. Malang itu tak berbau, semoga cepat sembuh," komen beberapa netizen di kiriman berkenaan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)