baru 36 mungkin kahwin umur 40 remy ishak

Kredit foto: Instagram Remy Ishak & Astro Gempak

Selepas setahun bertunang, aktor Remy Ishak akui masih belum bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. 

Remy, 36, berkata, dia perlu membuat persiapan dari pelbagai sudut, khususnya dalam soal kewangan.

“Saya kini bekerja keras untuk kumpul duit dan ingin pastikan semuanya berjalan lancar.

“Saya ingin menjadi seorang suami yang bertanggung jawab untuk menjaga keluarga dan bukan sekadar berkahwin saja,” katanya yang belum bersedia mendirikan rumah tangga tahun ini. 

Beliau membuat kenyataan di majlis pelancaran pakej percutian bersama peminat yang berlangsung di Kota Damansara, petang tadi.

Dalam pada itu, pelakon Kekasih Paksa Rela, gandingan bersama Intan Najwa dan Fizz Fairuz ini, berkata, dia juga mempunyai sejarah keluarga yang bercerai-berai.

“Sebab itu, saya tidak mahu perkara itu berlaku dalam rumah tangga saya nanti,” katanya.

Remy atau nama penuhnya, Mohamad Zalimei Ishak, bersama wanita pilihan, Roszaliza Yusof atau Ezza, yang juga pengasas produk kecantikan, mengikat tali pertunangan pada Mei 2017.

Berkongsi kisah perhubungan mereka, cerita Remy, hubungan itu ada turun dan naik.

“Saya ingin fokus pada kerjaya dulu. Saya baru 36 tahun, mungkin juga saya akan kahwin pada usia 40 tahun nanti.

“Jika berkahwin nanti, saya juga tidak akan sorokkan dari pihak media,” katanya.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)