malaysia paling banyak belanja permainan video

Peminat permainan video di Malaysia membelanjakan RM2.45 billion dalam industri permainan video, terbanyak di kalangan negara Asia Tenggara.

Badan penyelidik pemasaran permainan video Newzoo, melalui jurucakap mereka Tom Wijman memberitahu The Malaysian Reserve yang peminat di Malaysia adalah pihak yang memberi pengaruh besar dalam industri permainan video - termasuklah golongan pengaturcara dan pembangunan permainan video.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Angka yang dicatat menunjukkan separuh daripada RM2.45 billion itu digunakan dalam permainan video berbentuk mobil sementara 35% lagi dalam bentuk permainan video yang dijual dalam versi kotak atau muat turun bagi komputer.

kedai permainan video di malaysia

Jumlah yang dibelanjakan oleh peminat konsol permainan pula adalah sekitar 14% yang menunjukkan kecenderungan rakyat Malaysia tertumpu kepada permainan mobil, permainan untuk komputer dan barulah konsol. Dalam temubual, beberapa orang peminat mengakui mereka membelanjakan anggaran RM500 ke RM1000 setahun untuk membeli permainan video, satu amaun agak tinggi. Bagaimanapun, secara purata per kapita, Malaysia berada di tempat kedua di Asia Tenggara dengan perbelanjaa Rm56.02 untuk permainan video.

Menurut kajian Newzoo, terdapat pertumbuhan jumlah amaun yang dibelanjakan oleh peminat di Asia Tenggara dengan dijangkakan akan kekal 25% sehingga tahun 2020 dengan nilai dagangan di seluruh Asia Tenggara saja mampu mencapau sebanyak RM12.4 billion tahun ini.

Jika tercapai, ini mewakili 47% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh peminat permainan video seluruh dunia.

kafe siber di malaysia

Industri permainan video merupakan satu industri diramal akan semakin berkembang. Sehingga kini, menurut perangkaan di seluruh dunia, 87% daripada masyarakat dunia memilih permainan video dalam bentuk pembelian digital berbanding cara tradisional, dengan permainan mobil menjadi pilihan nombor satu merangkumi 42% daripada keseluruhan pasaran.

Dengan sokongan daripada pihak kerajaan yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab permainan video di Asia Tenggara, tidak hairanlah Malaysia mendahului dalam senarai perbelanjaan terbanyak di rantau ini. Pada tahun ini, Malaysia menjadi negara nombor 1 di dunia yang mencatatkan peningkatan jualan tertinggi sebanyak 28.8%, meninggalkan negara-negara lain.

Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, Malaysia juga memegang rekod mendahului dalam senarai penggunaan komputer, konsol, mobil dan internet. Dianggarkan terdapat 20 juta pengguna telefon pintar di Malaysia yang menjana pertumbuhan ini. Selain itu peminat-peminat sukan berbentuk Esports juga semakin ramai di Malaysia dengan anggaran 2.4 juta rakyat Malaysia merupakan peminat tegar Esports.

program duta pelajar riot games league of legends

Riot Games, pembina permainan popular League of Legends daripada Amerika Syarikat telah pun melancarkan inisiatif Program Duta Pelajar Riot Games di Malaysia, yang pertama seumpamanya di dunia - bagi membantu peserta mempunyai pendedahan awal dalam industri permainan video.

Program yang akan berakhir pada Mac 2018 ini telahpun melantik 28 orang pelajar daripada 28 buah IPT di seluruh Malaysia sebagai duta, bagi membantu membangunkan program-program berkaitan permainan video di institusi mereka. Kesemua pelajar yang dipilih pula, mestilah mempunyai rekod akademik yang baik dan mampu menjalankan tanggungjawab yang besar. Antara IPT yang terlibat dalam program ini adalah MMU, UNITAR, Taylors University, UM, UPM, USM, UiTM serta beberapa universiti lain.

Dengan sokongan dan pendedahan yang diberikan bukan saja daripada pihak kerajaan, pihak akademik, studio bertaraf antarabangsa dan juga masyarakat secara amnya, bermain permainan video di Malaysia kini bukan lagi hanya sekadar satu bentuk hiburan, malahan boleh juga dijadikan kerjaya sepenuh masa.

Rujukan

Not just play, gaming a booming industry for careers

Malaysians lead South-East Asia in digital games spending

Newzoo Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)