shinkiro poster street fighter

Penulis membesar semasa zaman di mana permainan video 'Street Fighter 2' (SF) meletup di seluruh dunia. Ke mana saja pasti kawan-kawan penulis akan berborak tentang permainan itu.

Bila kedai elektrik yang pasang game tersebut di kaca televisyen, pasti ramai yang akan berkerumun untuk tengok pemain-pemain beradu. Fenomena 'Street Fighter 2' sangat berbeza dengan trend yang berlaku sekarang, di mana peminat-peminat videogame kini lebih gemar berada di rumah - bermain secara atas talian. 'Talk cock' pun dari jarak jauh saja.

lukisan pelukis game street fighter

Berikutan populariti SF, ramai juga yang menjadikan lukisan-lukisan cantik watak dan rekaan dalam permainan tersebut sebagai rujukan. Penulis pun sama. Hanya bila dah dewasa ni lah penulis tahu siapa yang melukis semua watak yang ada.

Berikut adalah 5 pelukis terbaik ilustrasi untuk watak-watak permainan video Street Fighter terbaik, pada pandangan penulis yang patut menjadi inspirasi kepada mereka yang meminati seni.

1. Kinu Nishimura

kinu nishimura rekaan watak capcom

Kinu Nishimura adalah seorang pelukis wanita yang memulakan kerjayanya bersama syarikat permainan video Capcom pada tahun 1991, semasa dia masih menuntut di Kyoto University of Art and Design. Dipancing untuk bekerja oleh seorang lagi artis terkenal Capcom, Akiman yang dapat melihat potensi dalam lukisan Kinu.

kinu nishimura poster street fighter

Nyatalah ramalan Akiman tepat. Kinu menjadi salah seorang pelukis yang merekabentuk konsep dan watak bagi Capcom. Selain daripada SF, Kinu juga terlibat dengan banyak lagi judul permainan video lain yang terkenal, seperti Darkstalkers, Rival Schools dan juga Capcom vs SNK. Kini, Kinu bergerak secara bebas hanya bekerja berdasarkan permintaan tanpa terikat dengan mana-mana syarikat. (rujukan)

2. Akira Yasuda (Akiman)

akiman poster klasik street fighter

Nama Akira Yasuda mungkin asing, tetapi sebut saja nama Akiman memang boleh bergegar industri permainan video dunia. Lahir pada tahun 1964, Akiman terkenal sebagai seorang pelukis yang banyak mempengaruhi rekaan-rekaan beberapa siri permainan video terkenal seperti Final Fight.

capcom lukisan watak street fighter

Selain itu, Akiman juga terlibat dalam penghasilan animasi Gundam dan Code Geass yang diminati di seluruh dunia. Akiman adalah antara individu yang bertanggungjawab mereka dari mula beberapa watak terbaik dalam siri SF, dengan salah satu watak rekaannya, seorang ejen dari China bernama 'Chun Li' kini menjadi antara watak paling ikonik dalam industri permainan video. (rujukan)

3. Naoto Kuroshima (Bengus)

bengus marvel capcom

Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang pelukis ini namun lukisannya kerap dijadikan rujukan berikutan keunikan hasil kerjanya. Bagi kanak-kanak generasi tahun 80-an dan 90-an, mereka pasti pernah melihat hasil kerja beliau kerana dia adalah pelukis utama untuk siri 'X-Men vs Street Fighter' yang memulakan fenomena baru permainan video di arked.

xmen street fighter poster

Memulakan kerjanya dengan Capcom sejak tahun 1992, Bengus atau nama sebenarnya Naoto Kuroshima dikatakan menjadikan karya pelukis terkenal Akira Toriyama, pelukis siri Dragon Ball sebagai rujukan semasa beliau kecil. Beliau meninggalkan Capcom pada tahun 2006 namun tetap berkhidmat dalam siri Street Fighter terbaru iaitu Street Fighter V yang sekarang ini menjadi kegilaan baru peminat permainan video. (rujukan)

4. Daigo Ikeno

daigo ikeno

Menggunakan nama pena 'Daigo Ikeno', Ikeno Metaka merupakan seorang pelukis yang sehingga kini kekal dengan syatikat Capcom. Kerja kerasnya selama beberapa belas tahun berhasil setelah dia mula dilantik sebagai Pengarah Artistik bagi Street Fighter IV, projek pertama Capcom menukarkan visual SF daripada bentuk 2D kepada bentuk 3D.

daigo ikeno street fighter 3

Selain daripada SF, Daigo juga terlibat dengan banyak siri-siri lejen lain. Beliau adalah antara pereka yang terlibat dalam siri-siri lejen Onimusha yang memaparkan pelakon Takeshi Kaneshiro sebagai watak utama dan siri Devil May Cry yang sangat popular kerana kualiti rekaan wataknya yang mudah diingati. (rujukan)

5. Toshiaki Mori (Shinkiro)

shinkiro lukisan artis realistik

Lahir pada tahun 1962, Toshiaki Mori atau nama gelarannya 'Shinkiro' merupakan pelukis yang menjadi tulang belakang bukan hanya kepada Capcom, malahan juga kepada pesaing terkuat Capcom iaitu SNK. Lukisannya sangat mudah dikenali kerana Shinkiro mempunyai kebolehan unik menggabungkan watak fantasi namun rupanya sekiranya diamati seakan-akan realistik.

shinkiro street fighter lukisan visual seni ilustrasi

Berbanding semua artis yang ada dalam senarai, penulis akui penulis paling kagum dengan beliau kerana dia adalah satu-satunya artis yang cuba mengambil kira pencahayaan realistik dalam lukisannya. Setiap lukisan beliau hidup serta sangat berbeza dengan stereotaip lukisan pelukis dari Jepun.

shinkiro street fighter lukisan visual seni ilustrasi capcom

Shinkiro memulakan kerja bersama SNK, membantu menghasilkan watak-watak terkenal dalam siri The King of Fighters, Fatal Fury dan Metal Slug. Era 90-an, mana-mana arked memang penuh dengan hasil tangan dia. Dia kemudiannya berpindah ke Capcom, membantu penghasilan siri Street Fighter, Residen Evil, Dead Rising serta Marvel vs Capcom.


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)