Oleh pada 13 Oct 2019 kategori

tunang fara hezel

Kredit foto: Instagram Fara Hezel

   

Penyanyi Fara Hezel mendedahkan dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka bernama Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin atau Kamal pada 6 Julai lalu.

Fara, 23, bagaimanapun menjelaskan tindakannya merahsiakan perkara itu kerana menyedari dugaan berat yang perlu ditanggung ketika fasa bertunang.

“Ramai memberitahu, kekuatan cinta akan diuji ketika alam pertunangan. Itu yang membuatkan saya dan keluarga mengambil keputusan tidak menguar-uarkan mengenainya selagi belum tiba masa yang sesuai.

“Saya takut hubungan kami dilanda dugaan yang boleh menjejaskan ikatan cinta. Memandangkan tarikh pernikahan semakin dekat, keluarga memberi keizinan untuk kami berterus terang mengenai perkara itu,” kata penyanyi yang bakal bergelar isteri pada Disember ini.

Kakak kepada Aiman Tino yang juga pemilik nama sebenar Nurfaraazira Yusri itu menambah, dia mula mengenali Kamal sejak tiga tahun lalu.

Katanya, selain mempunyai perniagaan sendiri, Kamal merupakan seorang penyanyi yang mengambil tawaran persembahan di sekitar Kuala Terengganu.

    

fara hezel bertunang 143

Kredit foto: Instagram Kamal

    

“Saya mula mengenalinya ketika menjayakan sebuah persembahan di Terengganu. Biarpun sudah tiga tahun berkawan, hubungan kami mulai rapat sejak April lalu,” katanya yang berharap majlis kahwin yang dirancang, dipermudahkan.

     

Info Ringkas Fara Hezel

  • Nama sebenarnya, Nurfaraazira binti Yusri.
  • Bernaung di bawah syarikat rakaman Aries Music yang turut disertai penyanyi-penyanyi remaja popular seperti Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Fieya Julia.
  • Antara lagu meletupnya seperti Setiaku Pasti, Ku Pasrah dan Sukar Untukku.
  • Pernah bersaing dalam program realiti Big Stage musim pertama.

   

Foto Kamal

fara hezel kahwin

fara hezel kamal

tengku mohammad kamal hishamuddin

suami fara hezel 628

fara hezel suami

Kredit foto: Instagram Fara Hezel & Instagram Kamal

    

Sumber berita: Fara Hezel Nikah Disember

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)