hh

Kredit foto: Facebook FD Idzham , Instagram Glomac Berhad , LinkedIn FD Idzham , Instagram @tpafzanpahang_

        

Puteri kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, bersama FD Idzham FD Iskandar, bakal melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis penuh gilang-gemilang yang akan diadakan dari 22 hingga 25 Ogos 2024.

Istiadat Diraja yang merangkumi akad nikah, berinai dan bersanding akan diadakan selama tiga hari iaitu pada 22, 23 dan 25 Ogos, bermula pada pukul 8 malam. Kesemua istiadat tersebut akan disiarkan secara langsung melalui dua skrin besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu lagi di Tasik KotaSAS.

Majlis juga dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti konsert, persembahan dan pelbagai aktiviti lain yang akan memeriahkan suasana sepanjang acara berlangsung.

        

Biodata FD Idzham

Nama penuh: Fateh Idzham bin Fateh Iskandar

Nama komersial: FD Idzham

Umur: 27 tahun (2024)

Tarikh lahir: 18 April 1997

Keluarga: Anak sulung daripada enam orang adik beradik

Pendidikan: Kelulusan daripada Imperial College London

Pekerjaan: Ahli Perniagaan

       

Latar Belakang

FD Idzham merupakan seorang usahawan muda yang dilahirkan dalam keluarga yang cukup disegani dalam dunia perniagaan. Beliau merupakan anak kepada Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor (bapa) dan Datin Seri Hafizah Zakaria (ibu).

Datuk Seri FD Iskandar, yang juga dikenali dengan nama sebenarnya, Fateh Iskandar Mohamed Mansor merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat Glomac Berhad.

Datuk Seri FD Iskandar adalah anak kepada Tan Sri Dato' Mohamed Mansor bin Fateh Din, menambah lagi prestij kepada latar belakang keluarga mereka.

Karier FD Idzham melibatkan pelbagai sektor seperti hartanah dan runcit. Berbekalkan pengalaman sebagai bekas Pegawai Bank Pelaburan di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan di Maybank Investment Bank Berhad, FD Idzham kini memegang jawatan penting sebagai Ketua Kumpulan Pembangunan Perniagaan & Strategi Korporat di Glomac Berhad.

Sebelum ini, beliau turut pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Vacas Glo Sdn Bhd dan Pengarah di MakaMakan Sdn Bhd, menambah lagi pengalaman luasnya dalam dunia perniagaan.

       

Fakta Menarik

1. Beliau bukan sahaja seorang usahawan yang berjaya, malah juga individu yang mempunyai minat dalam sukan dan aktiviti lasak.

Antara minatnya termasuklah menunggang motosikal, yang mana beliau sering kali melakukan pengembaraan di atas dua roda. Beliau juga gemar menunggang kuda dan merupakan seorang penyelam penyelamat bertauliah.

2. Sukan ragbi menjadi satu lagi lapangan di mana FD Idzham menunjukkan bakatnya, dengan beliau bermain untuk kelab ragbi terkenal, Saracens F.C. di London, England.

3. Beliau juga aktif dalam lapangan sukarelawan. Beliau merupakan duta kepada Rumah Aman Children's Home.

4. Selain itu, FD Idzham turut dikenali kerana pernah dilaporkan bercinta dengan Ameera Khan, adik kepada selebriti terkenal Neelofa, walaupun hubungan mereka tidak berkekalan lama.

       

Pendidikan

Cempaka Schools Malaysia (2003 - 2009)

Kolej Tuanku Ja'afar (KTJ) (2009 - 2011)

Stanbridge Earls (2011 - 2013)

St Lawrence College (2013 - 2015)

      

Collingham College (2015 - 2016)

A-Levels Psikologi, Perniagaan, Fotografi & Politik

       

Middlesex University (2016 - 2019)

Ijazah Sarjana Muda Sastera - Kewangan Perniagaan dengan Pemasaran

       

Imperial College Business School (2019 - 2021)

Sarjana Sains - Inovasi, Keusahawanan & Pengurusan

         

Pengalaman Pekerjaan

Pengarah Urusan di Vacas Glo Sdn Bhd

Pengarah di MakaMakan Sdn Bhd

Ketua Runcit di Glo Damansara Shopping Mall

Pengurus Kanan, Operasi Kumpulan di Glomac Berhad

Perkhidmatan Pelanggan, Perbankan Global Kumpulan di Maybank Investment Banking Group

Bendahari dan Ahli Jawatankuasa di REHDA Selangor

Ketua Kumpulan Pembangunan Perniagaan & Strategi Korporat di Glomac Berhad

        

Baca: Biodata Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Isteri FD (Fateh) Idzham FD Iskandar

       

Foto

siapa fd idzham glomac

fd idzham maksud fd

maksud fd idzham

fateh iskandar ayah asal meaning wife age family son pertunangan

Di samping ibunya

fd idzham wikipedia

Maksud FD dipercayai singkatan daripada nama ‘Fateh Din’

fd idzham fd iskandar

tengku afzan

fd idzham umur

fd idzham

glomac berhad

fd iskandar

Bersama bapanya

tengku puteri afzan aminah hafidzatullah

puteri afzan

Bakal pengantin yang akan diikat dengan sah sebagai suami isteri. Kredit foto: Facebook (FB) FD Idzham , Instagram Glomac Berhad , LinkedIn FD Idzham , Instagram (IG) @tpafzanpahang_

        

*Padang MBK 1 dan Padang Kotasas, Kuantan akan dihiasi dengan skrin besar selama empat hari, tempat rakyat Pahang berkumpul dan berpesta bagi menyambut perkahwinan diraja dengan penuh kemeriahan.

         

Video

Kredit video: Executive Focus: FD Iskandar, CEO & Group Managing Director, Glomac

      

Sumber:

1. LinkedIn FD Idzham

2. Facebook (FB) FD Idzham

3. Istiadat perkahwinan puteri Sultan Pahang bermula esok

4. [VIDEO] ‘Majlis perkahwinan paling indah, diingati anak perempuan saya’

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)