Penyanyi Indah Ruhaila mendedahkan akan mengakhiri zaman bujangnya pada 24 Disember ini.

Indah, 30, bagaimanapun memberitahu majlis itu akan dibuat secara tertutup dan dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

indah umum bakal kahwin tapi identiti suaminya 2

“Terlebih dahulu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media saya cukup saya sayangi kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja,” tulisnya dalam kiriman aplikasi WhatsApp.

Indah berkata, buat masa ini dia tidak dapat mendedahkan identiti bakal suaminya itu.

Pun begitu, dia berjanji akan memaklumkan kepada media sejurus majlis selesai.

“Buat masa sekarang, saya masih perlu rahsiakan. Tapi, saya akan kongsikan nama serta gambar selepas majlis pernikahan kami selesai,” katanya.

Jelas penyanyi Semua Untuk Cinta ini, dia merahsiakan perkahwinannya atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya mahu jelaskan, bukan niat saya untuk merahsiakan tentang pernikahan ini tetapi demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.

Terdahulu, Indah pernah mengikat tali pertunangan selama empat tahun dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai R, sebelum bertindak memutuskan perhubungan tersebut.

Kredit foto: Instagram Indah Ruhaila

Sumber berita: Harian Metro 




Hakcipta iluminasi.com (2017)