Oleh pada 15 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Afiez Appleproject, @pixklography & The Soulmates

     

Youtuber Alieff Irfan memutuskan untuk membawa hubungan berusia lima bulan dengan kekasihnya, Nurul Nabilah Aliah Hazman ke jenjang pelamin.

Alieff, 23, berkata, beliau dan Nabilah yang berkenalan menerusi laman sosial Instagram, mula merancang bergelar suami isteri selepas berasa serasi dalam perhubungan.

"Kita orang kenal di Instagram dan mula-mula mesej peribadi dan lepas tu mula berbual melalui Whatsapp... dia tahu saya sebagai Youtuber tapi kenal-kenal gitu saja, bukanlah peminat sangat!

"Perkenalan kami singkat kira-kira lima bulan lepas, selepas sebulan kenal barulah kita mula serius fikirkan fasal perkahwinan, jadi bulan Januari kita bertunang dan berkahwin," katanya kepada portal Mstar.

Pemilik nama Muhammad Aliff Irfan Aziki itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Nabilah Aliah Hazman, 25, dengan sekali lafaz pada Jumaat, bertempat di kediaman pengantin perempuan di Segamat, Johor.

Difahamkan, majlis resepsi dijadualkan berlangsung pada malam Sabtu di lokasi sama, manakala majlis resepsi untuk keluarga sebelah lelaki pula akan diadakan pada 29 Februari ini di Kelantan.

Dalam pada itu, Alieff berkata, keputusan menamatkan zaman bujang dibuat demi mengelak daripada terjerumus dalam gejala maksiat.

Apatah lagi beliau sudah bersedia memegang peranan sebagai suami dan memerlukan pasangan dalam hidup.

    

Baca: 10 Fakta Youtuber Alieff Irfan, Suami Bella Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Bella, Isteri Youtuber Alieff Irfan

Baca: Biodata Youtuber Alieff Irfan

    

isteri alieff irfan

Kredit foto: Instagram Alieff Irfan

    

"Ramai tanya saya kenapa kahwin di usia muda... saya sebenarnya dah fikir masak-masak dengan keluarga dan buat solat istikharah, saya nampak petunjuk ini adalah keputusan yang tepat.

"Saya berkahwin sebab nak elakkan maksiat, melihat kepada kedudukan saya yang lebih terbuka dengan pelbagai dugaan membuatkan saya bimbang terjerumus ke lembah maksiat, jadi saya ambil keputusan untuk segera berkahwin.

"Alhamdulillah isteri memahami dan selepas ini kita akan lebih tahu batas-batas dalam menghasilkan video. Saya juga merancang nak wujudkan satu akaun Youtube untuknya tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, Alieff berkata, mereka belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu dalam masa terdekat kerana beliau terikat dengan kerjaya lakonan.

"Honeymoon tak rancang lagi sebab saya ada penggambaran filem Daddy Gangster tak lama lagi, sebab itu kami belum fikir lagi mengenai bulan madu.

"Kita tunggu selesai kerja dulu barulah fikir mengenai honeymoon, rasanya macam teringin nak pergi ke Maldives.

"Tentang anak? Kita tak merancang... bersedia sahaja, kalau rezeki itu datang awal kami terima!," katanya yang mengidam lima orang zuriat.

    

Sumber berita: “Saya bimbang terjerumus ke lembah maksiat” - Youtuber Alieff Irfan kahwin di usia muda

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)