Oleh pada 09 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Fara Hezel

Penyanyi Fara Hezel akui tidak mengambil serius apabila menerima mesej peribadi berbaur godaan di laman sosial.

Kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu bagaimanapun menolak pelawaan yang ingin menjadikannya sebagai teman wanita dengan cara baik.

Fara menganggap ia tidak lebih daripada sekadar usikan para peminat kepada selebriti pujaan mereka.

kakak aiman tino fara hezel terima mesej godaan 2

Kredit foto: Instagram Fara Hezel

Semenjak lagu saya semakin popular, ada yang hantar mesej peribadi hendak berkenalan di Facebook dan Instagram. Saya tak ambil serius tentang hal ini dan menganggap mungkin peminat sekadar nak usik-usik sahaja. Kebiasaannya, saya membalas mesej tersebut dengan cara baik dan berterima kasih kepada mereka kerana menyokong karier nyanyian saya selama ini.
Sumber: Mstar

Dalam perkembangan lain, Fara berkata, kariernya dalam bidang seni banyak dibantu oleh adiknya sendiri, Aiman.

Pelajar tahun akhir jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak itu menyifatkan Aiman sebagai seorang yang matang meskipun masih muda.

kakak aiman tino fara hezel terima mesej godaan 3

Kredit foto: Instagram Fara Hezel Fans

Dalam industri ini, dia lebih berpengalaman daripada saya dan kami sering berkongsi pendapat dan idea. Sebagai adik-beradik, kami sentiasa menyokong antara satu sama lain dan tiada istilah cemburu.
Sumber: Mstar

Menyentuh mengenai kesihatan ibunya pula, Hazelina Mat Jalil yang mengalami keguguran kandungan berusia lima bulan, Fara memberitahu, dia turut berada bersama beliau sewaktu kejadian.

Bagaimanapun Hazelina kini sudah beransur sihat dan dibenarkan pulang selepas dirawat di Hospital Selayang.

Masa kejadian itu, saya terkejut tengok keadaan ibu dan segera mendapatkan bantuan, malah saya turut menemani ibu ke hospital menaiki ambulans. Jika kandungan panjang umur, dia adik kesebelas dalam keluarga dan kami percaya Allah SWT akan berikan rezeki yang lain sebagai ganti kehilangan ini.
Sumber: Mstar 



Hakcipta iluminasi.com (2017)